VOL 1
Bab 5: Misteri yang membingungkan
Bab 5: Misteri yang membingungkan
Sudah berjam-jam di dalam biliknya.
Ibu Ridh menjadi risau akan Ridh. Dua orang sahabat baiknya telah meninggal
dunia kerana kes kebunuhan.” Alongggg,keluar lah makan. Dah dua hari along tak
makan. Nanti jadi apa-apa pula,”kata ibu Ridh yang penyayang itu.” Tak lapar
mak. Mak bagi lah Raudah makan dulu.” Balas Ridh dalam biliknya.” Adik dah makan
la, sedapppppp.”balas adiknya yang ada di depan bilik Ridh bersama ibunya.
Mendengar suara adiknya,Ridh terus keluar dari biliknya.” Ya allah,apa yang
along buat dalam bilik tu. Penuh dengan kertas?” soal maknya apabila melihat
keadaan bilik Ridh yang penuh dengan kertas.” Tak ada la mak. Buat kerja
sekolah je.” Balas Ridh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Lalu Ridh berlalu ke dapur untuk
makan. Setelah samapi di meja makan,Ridh ingin melabuhkan punggungnya di
kerusi,tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama yang keluar pada telefon
bimbitnya ialah nama Zatul.” Kenapa budak ni call aku masa ni?” soal Ridh dalam
hati.” Hello,hah Zatul. Ada apa call aku masa ni.?” “Weh kau sibuk tak? Lau tak
jom teman aku gi kedai mamak depan sekolah. Aku ada hal nak bincang dengan
kau.” “Okay,lagi 30 minit aku sampai. Aku nak mandi and makan dulu.” Tiba-tiba
talian terputus.” Aishhh dia ni. Tak habis cakap dah letak.” Renget Ridh di
meja makannya. Kebelakangan ini Zatul sering meletakkan telefonnya secara tiba-tiba.
‘Vrooooooooommmm’
dengan lajunya bunyi dengusan yang keluar dari motorsikal Ridh yang baru
bertolak dari rumahnya. Ridh memecut dengan kelajuar yang membolehkan meter
motorsikalnya terbalik. Kedai mamak tu dah tak jauh dari pandangan mata Ridh.
Lalu Ridh memperlahankan motorsikalnya. Setelah sampai,Ridh mencari-cari
Zatul.” Mana budak ni,kata nak jumpa.” Bebel Ridh seorang diri.”
Assalammualaikum.” Bunyi suara seorang gadis member salam dari belakang. Lalu
Ridh berpusing untuk melihat siapakah gerangan wanita yang memeberi salam
tersebut. Rupa-rupanya bukan Zatul,akan tetapi seorang gadis yang cantik. Gadis
itu bertudung hitam,berbaju kurung purple,memakai kanta lengkap dan memakai
kasut sederhana tinggi.” Waalaikumussalam.” Jawab Ridh dengan tenang.
“Maafkan
saya cik. Cik tengah mencari siapa?” tanya Ridh terhadap wanita itu.” Awak dah
lupa kat saya ke?” jawab wanita itu dengan lembut. Terkejut juga Ridh mendengar
jawapan yang keluar dari mulut wanita itu.” Maaf sekali lagi ya cik,kita pernah
jumpa kah?” tanya Ridh sekali lagi.” Saya ni Lia la. Kan kita kenal dalam
facebook dulu. Awak dah lupa ke?” alangkah lagi terkejut Ridh dibuatnya, ketika
Ridh dalam kekusutan,terjumpa pula gadis yang dia selalu stalk dalam facebook
tu di sini.” Ya Allah,Lia rupanya. Maaf la,saya tengah cari kawan saya. Dia
kata nak jumpa saya. Tapi saya tak jumpa-jumpa pun dia dari tadi.” “Kawan?
Setahu saya tak ada orang pun di sini selain kita and pekerja mamak kat sini.
Kan sekarang ni dah malam, opps lupa,biasalah lelaki suka melepakkan betul
tak?” “Bukan la,kawan saya tu perempuan. Dia kata nak jumpa saya kat sini.
Katanya ada hal yang penting.” Jelas Ridh.” Kawan ke girlfriend.” Perli Lia
sambil senyum sinis. Baru sahaja Ridh ingin menjawab soalan Lia itu
tadi,tiba-tiba Zatul datang dan menyapa Ridh dari belakang.
“Hah,mentang-mentang
aku lambat datang kau ada masa nak mengorat dengan perempuan lain kan.” Perli
Zatul. Kepala Ridh menjadi blank,kosong. Ridh rasa macam nak jadi gila. Apa
yang berlaku sekarang ni. Kenapa Zatul menjadi gembira secara tiba-tiba? “ Lia,
kenalkan ni kawan saya Zatul dan Zatul ni kawan siber aku,Lia.” Ridh
memperkenalkan Zatul dan Lia sesama sendiri.” Hah,apa yang penting sangat
sampai kau nak jumpa aku bagai ni. Tak boleh jumpa dekat sekolah ke apa?” bebel
Ridh terhadap Zatul.
“Saya
pergi dulu ya,maaf saya ada kerja ni. Saya pergi dulu.” Lalu Lia pergi dan
hilang dalam bayang.” Hah,apa celop kau nak jumpa aku masa ni? Dah malam ni
kan.” Tanya Ridh terhadap Zatul.
“Kau
kata kau nak tolong aku cari siapa yang bunuh adik aku kan?” tanya Zatul sambil
bertongkat dagu.” Yup, kenapa?” tanya Ridh kembali sambil mengaru kepalanya
yang tidak gatal.” Cuba kau tengok nota ni. Aku tak faham la.” Kata Zatul
sambil menunjukkan sehelai kertas yang tertulis sesuatu padanya.” Api yang
marak sudah tidak perlu membara lagi? Apa maksud ni?” Tanya Ridh kepada Zatul
sambil menanyakan soalan yang sama kepada Zatul.
“Aku
tahu la kau rindu nak makan kasut aku ni,kau nak makan kasut sekarang ke? Kalau
aku tahu,aku tak tanya kau dah bengap.” Bebel Zatul kepada Ridh. Ridh tergelak
kecil apabila mendengar bebelan Zatul tadi.” Sorry-sorry,aku lupa pula yang kau
pun tak tahu.” Zatul kembali muram walaupun Ridh berjenaka di hadapannya. Ridh
pun turut terdiam apabila melihat muka Zatul yang muram itu.
“Zatul,jangan
la sedih. Aku tak nak member baik aku ni bersedih.” Pujuk Ridh.” Tak la. Mana
ada sedih. Kau tolong rungkaikan maksud nota ni boleh. Aku tak tahu lah.” Pinta
Zatul kepada Ridh.” Okay,aku akan cuba. By the way,boleh aku tanya something
tak?” Tanya Ridh sambil menatap mata Zatul sedalam yang mungkin.”Tanya lah.”
Jawab Zatul dengan ringkas.” Kena kau selalu letak telefon tanpa bagi tahu aku
dulu?” Terkeluarlah persoalan yang Ridh simpan selama ini kepada Zatul.”
Ouwh,bukan la. Henset aku ni dah bengap sangat dah. Selalu ma sendiri.” jawab
Zatul dengan jelas. Ridh mendengar dengan teliti. Setelah mendengar jawapan
yang diberikan oleh Zatul,Ridh berasa lega kerana tiada apa-apa yang berlaku
terhadap Zatul.
“Kenapa
kau tanya? Kau risau kan aku ye?” Usik Zatul.” Gila tak risau. Kau kan kawan
baik aku. Tak kan aku tak risau bila call tak angkat,sekolah tak datang dan
mesej aku pun ko tak balas.” Balas Ridh.” Kan aku dah kata tadi yang henset aku
buat hal.” Balas Zatul. Mereka berbual sepanjang malam. Apabila bila jam tepat
pukul 10 malam,mereka pulang ke rumah masing-masing.
Setelah sampai di rumahnya,Ridh
terus bergegas ke biliknya dan melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Ridh
meneliti nota yang misteri yang diberi oleh Zatul itu.sudah berjam-jam ridh
meneliti nota tersebut tetapi tiada sebarang petunjuk.” Hah. Baru
teringat,Zatul tak bagi tahu aku pun darimana dia jumpa nota ni.” Setelah
becakap sendiri terus Ridh menelefon Zatul.
“Hello.
Sape ni? Aku nak tidur pun susah. Dah pukul 2 pagi ni.” Bebel Zatul dalam
telefon.” Oi budak,ni aku lah. Aku lupa nak tanya kau tadi,kau jumpa kat mana
nota ni?” tanya Ridh kepada Zatul yang sedang dalam keadaan separuh sedar.” Oi
bengap,esok boleh tanyakan kat sekolah. Aku pantang betul orang kacau aku
tidur.” Terus Zatul meletak telefonnya.” Aishh budak ni,nak aku tolong pastu
marah-marah aku pula. Esok cuti,bengap gak kawan aku sorang ni. Baik aku
tidur.” Bisik hati Ridh. Lalu Ridh berbaring atas katilnya lalu terlena.