Monday 11 August 2014

VOL1
Bab 3: Pertemuan Semula
            Ridh masuk ke kedai komik tersebut dan membelek-belek buku-buku komik  yang ada di kedai itu. Tiba-tiba dia terfikir. “ apa yang aku cari sebenarnya ni? Aku nak cari petunjuk,tapi dari manakah aku ingin mulakannya.” Tiba-tiba Ridh tersedar dari lamunannya apabila seorang lelaki telah terlanggar bahunya. “Maafkan saya.” Kata lelaki itu sambil anggukkan kepalanya. “Tak mengapa,ini salah saya juga sebab berangan di tengah jalan.” Kata Ridh sambil tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apabila lelaki itu mendongakkan kepalanya Ridh menjadi terkejut malah mulutnya mula mengukir senyuman. “Eh, kau ni Afiq kan? Bekas pelajar SMK Muzik Perdana?” Tanya Ridh sambil jarinya menunjuk kea rah lelaki tersebut.

“Ya, saya Afiq. Maafkan saya, adakah kita saling berkenalan.” Balas Afiq dengan muka yang kehairanan. “ Ni aku la, Ridh. Kawan baik kau masa form 1 dulu. Takkan tak ingat aku kot.” Balas Ridh yang masih tersenyum. Apabila Afiq tengok muka Ridh lama-lama, dia baru teringat akan sahabat karibnya yang dahulu selepas sekian lama terpesah. “Eh-eh, Ridh. Masyaallah kecilnya dunia ni. Lama tak jumpa kau bro. “ kata Afiq sambil berjabat tangan dengan Ridh.” Tu la pasal, selepas tiga tahun kita berpisah, akhirnya Allah bertemukan aku dengan kawan karib aku dengan Zatul ni. Oh yak au masih ingat pada Zatul kan?”  Tanya Ridh sambil memandang kea rah Afiq. “Mesti la aku ingat dua orang sahabat karib aku yang hensem and sorang lagi yang tampan ni.” Balas Afiq sambil senyum seperti perli Ridh.”Ada-ada jelah kau ni, by the way. Awat kau datang kedai komik ni? Tak pernah pun aku tengok kau datang sini.” Kata Ridh.” Eh-eh aku memang always datang sini la setiap minggu untuk dapatkan komik ‘The Skullman’ ni. Selepas cerita komik lama aku dah habis sampai last episode, aku beralih ke komik lain.” Terang Afiq kepada Ridh. Ridh hanya mengangguk kepalanya tanda faham.

“okay la bro, aku kena gerak ni. Nanti mak aku bebel pula kat rumah tu. Bagi nombor telefon kau. Nanti aku boleh roger-roger kau.” Kata Ridh kepada Afiq. Setelah selesai perbualan mereka yang singkat itu, Ridh lansung pulang ke rumahnya dengan segera.

“Fuhh,penatnya.” Keluh Ridh yang sedang berbaring atas katilnya. “Alongggg.” Terkejut Ridh apabila adiknya Raudah melompat ke atas katil Ridh. “Along,along,along, tadikan ada orang tepon along. Banyak kali tau. Sakit telinga adik bila dengar lagu jepun along tu bunyi banyak kali.” Ridh menjadi terkejut sebab setahu dia, semasa dia tengok telefon bimbit dia tadi, tiada sebarang miscall pun. “Macam mana adik tahu?” “La along ni. Adik tahu la. Tadi adik angkat masa dia tepon abang. Suara perempuan, makwe abang ye.” Usik adiknya yang comel itu. “Ish adik ni,merepek je. Mungkin tu akak Zatul kot.” Balas Ridh sambil periksa telefon bimbitnya. Betul jangkaannya bahawa Zatul yang telefonnya banyak kali.”ouwhhh” adiknya mengangguk kepalanya lalu berlalu pergi.

            Tiba-tiba telefonnya berbunyi sekali lagi dalam genggamannya. Terus Ridh menjawab panggilan daripada Zatul itu. “Ya hello,maaf la sebab aku….” Ridh terdiam apabila mendengar Zatul menangis dalam talian. “Zat,kenapa ni? Ada masalah lagi ke?” “Aku lemah Ridh. Aku lemah. Aku tak dapat tahan kesedihan dan penderitaan ni lagi.” Ridh terkedu dengan kata-kata yang Zatul cakap tadi. “Zat,aku tak paham apa yang kau nak sampaikan dekat aku. Cuba kau terangkan dekat aku slow-slow.” “Tak apa la Ridh, esok kita jumpa tempat biasa pukol 9 pagi.” Terus Zatul mematikan telefonnya. Ridh hanya terdiam sambil merenung telefon bimbitnya. Ridh menjadi serba salah.” Dia merajuk dengan aku ke? Tak kan sebab aku tak agkat telefon dia merajuk sampai menangis kot.” Bisik hati Ridh.

“Alongggggggg, ada orang datang.” Jerit Raudah dari ruang tamu. Lalu Ridh bergegas turun ke bawah. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat tetamunya ialah Afiq. “Eh-eh ni rumah kau ke Ridh?” “Broooo,ya ni rumah aku. Jemput la masuk.” Jemput Ridh. “Adik pergi main dekat atas ya, along nak berborak dengan kawan along kejap.” “okay boss” balas Rudah sambil beri tabik hormat kepada Ridh. Afiq tergelak kecil apabila melihat gelagat comel Raudah. Lalu Raudah bersegera masuk ke biliknya.

“Afiq kau tunggu kat sini kejap k, aku nak buat air.” “Eh tak payah susah-susah la. Aku datang kejap je ni. Aku nak Tanya pasal Zatul.” Apabila Ridh mendengar sahaja nama Zatul terkeluar dari mutul Afiq. Ridh terus focus kepada Afiq.” Aku nak Tanya,aku dengar cerita adik Zatul kemalangan, betul ke?” Tanya Afiq kepada Ridh. Ridh mengangguk lemah. “Dia eksiden semasa balik dari beli buku komik.” Jawab Ridh dengan lemah. Mendengar jawapan dari mulut Ridh,Air muka Afiq berubah. Afiq terus minta diri untuk pulang. Setelah tiada bayang Afiq kelihatan, Ridh mula menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan penuh kehairanan.” Along,adik boleh keluar dah ke?” tergelak Ridh apabila mendengar adiknya menjerit dari dalm bilik.” Keluarlah, kawan along dah balik.”

No comments:

Post a Comment