Friday 5 September 2014

VOL 1Bab 8: Misteri Terungkai
            Tepat pukul lima petang Aqim sampai di dalam dewan seperti yang dijanjikan.” Mana minah ni? Kata nak jumpa aku, tapi sampai sekarang tak Nampak bayang pun?” kata Aqim sambil berdiri di tengah-tengah dewan.
‘Doommm’ bunyi pintu ditutup dengan kuat.” Apa hal pula denga pintu ni?” kata Aqim seorang diri.” Pandai kau kan, cuba nak tutup jenayah kau dengan buat tu semua macam kemalangan. Kemudian cuba perangkap orang lain atas kesalahan diri sendiri.” alangkah terkejutnya Aqim apabila mendengar kata-kata itu.” Siapa kau? Kau jangan cuba nak fitnah aku!!” jerik Aqim sekuat-kuat hatinya.
            Tiba-tiba ada satu cahaya lampu yang difokuskan kepada seseorang berbaju serba hitam dan menutup mukanya dengan topi yang dipegang ditangan.” Fitnah? Ini bukan fitnah atau cerita rekaan. Tapi hasil siasatan. Nota yang bertulis ‘Api yang marak tidak perlu membara lagi’ memang sukar di fahami kerana nota itu bukannya apa-apa. Nota itu hanya untuk mengelirukan siasatan aku je.” Kata lelaki serba hitam tu lagi.
“Siapa kau hah tak guna!” jerit Aqim terhadap lelaki itu.
            Lalu perlahan-lahan lelaki itu mengalihkan topi itu dari mukannya. Alangkah terkejut apabila Aqim dapat melihat wajah di sebalik topi itu.
“Ri..Ri..Ridh..? kau rupanya?” kata Aqim sambil mulutnya tergagap-gagap. Perlahan-lahan Ridh menuruni tangga.
“Mula-mula kau langgar Zack di depan kedai komik, kau tahu yang Zack akan beli komik kat situ setiap bulan..” belum habis lagi Ridh bercakap Aqim sudah memotongnya.” Kau tahu dari mana tu motor aku? Bukan ke hari tu kau kata Afiq yang bunuh dia?” “ Sebab tu aku kata kau bijak, kau tahu yang Afiq seorang penggemar komik, sebab tu la kau ambil komik tu dan berikan kepada Afiq. Motor tu pula Afiq pinjam dari kau sebab motor dia rosak. Kau dah kenal Afiq sejak lama lagi betul tak sebab Afiq tu kan sepupu kau.”
            Kebenaran yang mengejutkan yang mengakibatkan Aqim terkaku.” Tapi ma..ma..macam mana kau tahu?” tanya Aqim sambil tergagap-gagap.” Senang je, aku tanya atok kau and tanya semuanya.”” Kau bunuh Zack sebab kau sakit hati kerana dibuang daripada pasukan bola sepak. Sedangkan kau memang minat bola sepak. Disebabkan kau tak boleh tahan geram kau,sebab tu kau bunuh dia kan.” Jelas Ridh dengan lebih terperinci lagi.
“Kau tak ada bukti. Kau tak ada bukti. Kau tak ada bukti!!” jerik Aqim  yang mana badannya menjadi kaku seperti batu.
“Ohh,kau nak bukti? Jap ya.” Lalu Ridh memetik jarinya,tiba-tiba pintu dewan itu terbuka dan terdapat dua orang ahli forensik mengiringi motorsikalnya.” Kau nak buat apa dengan motor aku ni hah.” Kata Aqim sambil menarik tangan ahli forensik itu daripada motorsikalnya.
“Kau nak bukti,kau tunggu je lah.” Kata Ridh lagi. Lalu Ahli forensik itu memberhentikan motorsikal itu di hadapan Ridh. Ahli forensik tersebut menyembur sejenis cecair terhadap bahagian enjin motorsikalnya. Tiba-tiba terlihat beberapa tompokan yang bercahaya berwarna unggu di bahagian yang di sembur oleh ahli forensik tersebut.
“Asal motor aku ada dot-dot unggu ni? Kau sembur apa kat motor aku hah?” tanya Aqim sambil mencekak kolar salah seorang ahli forensik. Ahli forensik yang lain hanya dapat menahan Aqim daripada menumbuk ahli forensik yang dipegang tadi.
“Itu darah.” Kedengaran suara perempuan yang biasa didengari oleh telinga Aqim.” Itu darah daripada percikan adik aku. Betul tak?” terkejut Aqim dibuatnya apabila melihat Zatul yang sedang mengalirkan air mata berkata begitu.
“Kau dah tak boleh berkata apa-apa sekarang ini. Bukti dah jelas. Selepas kau bunuh Zack,kau bagi Afiq pinjam motor kau ni sebab kau tahu yang aku sedang siasat tentang kes adik Zatul. Sebab tu kau nak jadikan dia sebagai pesalah. Tapi selepas aku cakap yang aku nak selidik Afiq dengan lebih lagi,ka uterus bunuh dia sebab kau tak nak dia pecahkan rahsia kau kan?” jelas Ridh dengan sejelas-jelasnya.
            Setelah mendengar penjelasan dari Ridh itu tadi,Aqim terduduk akibat tidak dapat mempertahankan dirinya lagi. Buktinya terlalu kukuh. Beberapa minit kemuan polis sampai dan menangkap Aqim untuk dibawa ke balai. Ridh berjalan secara perlahan-lahan kea rah Zatul dan mengeluarkan sehelai sapu tangan berwarna putih. Lalu Ridh mengelap air mata Zatul yang menitis itu tadi.” Aku nak kau kuatkan semangat okay. Aku dah kotakan janji aku.” Lalu Zatul memeluk tubuh Ridh dengan erat.” Terima kasih Ridh,kau lah kawan baik aku.” Kata Zatul sambil memandang mata Ridh. Lalu Ridh meleraikan pelukan tersebut dan berkata.” Kau kawan aku. Aku tangan biarkan kawan aku merana. Ingat tu. Dah jom balik.” Balas Ridh.
            Sehari selepas itu,Ridh diberi penganugerahan kerana dapat menyelesaikan kes yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Ridh kini dilabelkan sebagai penyiasat remaja. Sekarang Zatul dah dapat menerima hakikat bahawa walaupun adiknya sudah tiada,dia kenalah sentiasa bersemangat dan ceria untuk teruskan kehidupan kita.
VOL 1
Bab 7: Nota Itu Bukti
            Ridh bersengkang mata sepanjang malam hanya untuk mengkaji nota yang diberikan kepada Ridh. Ridh mencari jawapannya dalam laman sesawang,akan tetapi masih tidak menjumpai apa-apa.’ Api yang marak sudah tidak perlu membara lagi’ adalah isi kadungan yang tertulis pada kedua-dua kertas tersebut.
“Apa yang aku nak cari lagi kat computer aku ni? Semua carian aku macam tak berguna je.” Bebel Ridh.” Dah la aku give up je lah!” tengking Ridh sambil membaling nota-nota itu ke lantai. Lalu Ridh mengangkat punggungnya dan pergi ke katil sebelum dia melabuhkan punggungnya ke atas katil,Ridh terpandang buku nota Kimia milik Aqim. Ridh membelek-belek buku milik Aqim itu. Tiba-tiba Ridh terbuka satu muka surat yang telah dikoyakkan menggunakan pembaris. Kemudain Ridh memandang kea rah lantai biliknya yang mana ada nota-nota yang dibalingnya tadi.
            Ridh mengambil nota itu dan padankan dengan koyakkan yang terdapat pada buku nota Ridh. Sememangnya padan,sama juga dengan tulisan yang terdapat pada nota-nota yang misteri itu sama dengan nota yang terdapat pada buku nota Aqim.” Tak kan lah Aqim yang bunuh Zack dan Afiq? Tapi kali ni aku tak boleh buat andaian yang melulu. Aku mesti cari bukti dengan lebih terperinci lagi.” Kata Ridh dalam hatinya. Akan tetapi,nota-nota misteri itu berwarna keperangan seperti kertas yang sudah lama tetapi buku nota milik Aqim masih baru.
            Keesokan paginya Ridh bangun awal dan bergegas ke sekolah akibat terlewat bangun. Sesampai sahaja di hadapan sekolah,Ridh ternampak motorsikal yang ditunggang Aqim sama dengan motorsikal milik Afiq masuk ke sekolah.
            Jam menunjukkan pukul 9 lebih.” Sekarang ni waktu Kimia,my favourite.” kata Ridh berseorang diri.” Kenapa kau happy semacam ni Ridh? Biasanya waktu Kimia lah kau paling lambat masuk kelas?” tanya Zatul yang muncul secara tiba-tiba dari belakang Ridh.” Eh Zatul. Kau datang rupanya?” kata Ridh sambil memandang kea rah Zatul.” Eh, tak lah. Aku tak datang hari ni. Aku kat rumah sekarang ni. Yang depan kau ni roh aku je.” Balas Zatul dengan gurau kasarnya.” Aku tanya je pun,jangan la marah.” Pujuk Ridh.
“Whatever lah Ridh. By the way,macam mana penyelidikan kau berkaitan dengan nota aku bagi hari tu?” tanya Zatul dengan nada yang serius.” In progress, you just wait and see.” Lalu Ridh berlalu bergitu sahaja ke kelas kimia.
“Hari ini cikgu nak tunjukkan kamu video kebudak-bukan sedikit tapi ada kaita dengan sains dan kimia..” kata Cikgu Amri kepada murid-murid kelas Ridh.” Video ape cikgu? Teletabis ke?” kata salah seorang kelas Ridh itu. Semua orang dalam kelas itu tergelak.” Eh bukan lah,video ultraman kot.” Kata salah seorang lagi budak kelas Ridh. Cikgu kelihatan marah akan kelakuan murid-murid kelasnya.
“Dah diam!” jerik Cikgu Amri. Semua murid dalam kelas itu terdiam dengan sekelip mata. Lalu Caikgu Amri menayangkan video yang bertajuk ‘Backyard Science’. Video itu menceritakan tentang kaedah-kaedah sains dan eksperimen-eksperimen yang menajubkan. Setelah lama Ridh melayan video itu, tiba-tiba video itu menunjukkan cara-cara untuk membuat kertas yang biasa menjadi perang dengan cara yang singkat. Akhirnya Ridh mendapat tahu cara-cara suspek menjadikan kertas atau nota itu kelihatan seperti sudah lama.
            Habis sahaja waktu sekolah,Ridh bergegas pulang ke rumah dan menyedikan secawah air teh sejuk dan sehelai kertas. Lalu Ridh mencapankan kertas itu dengan uncang teh. Kemudian Ridh menjemur kertas itu di tengah panas dan dalam masa dua jam kertas itu sudah kering. Setelah kertas itu kering Ring terus padankan warna kertas itu dengan kertas nota yang diberikan oleh Zatul dan Aqim. Hasil yang mengejutkan. Padanan warna yang sesuai. Persoalan sekarang ini, adakah Aqim seorang penggemar komik?
“Sekarang dah pukul 4. Mana pula si Ridh ni? Tak kan dia tak dapat mesej aku yang aku send kat dia tadi?” bebel Zatul beseorangan. Zatul telah menghantar pesanan kepada Ridh sejam yang lalu untuk berjumpa dengannya di sekolah. Ridh,Zatul dan dua orang sahabatnya yang lain menjadi satu kumpulan dalam satu projek sains di sekolahnya. Ridh seorang yang bijak dalam sains kimia dan Zatul seorang yang bijak dalam sains fizik. Mereka bercadang untuk menjalankan eksperimen bersama, disebabkan itu Zatul mengajak Ridh datang ke sekolah. Akan tetapi Ridh masih tidak muncul lagi.” Haishhh mamat ni, dah lama sangat ni.” Lalu Zatul menelefon Ridh.
“Nombor yang anda dail…”terus Zatul meletakkan telefonnya apabila mendengar suara mesin menjawab telefonnya.” Sah mamat ni tengah tidur ni.” Renget Zatul lagi. Zatul menunggu di hadapan pintu pagar sekolah dengan agak lama. Sampai kakinya menjadi lenguh.
‘Vroooooooooommmmmmm’ bunyi motorsikal yang kuat kedengaran seperti menuju kea rah Zatul.” Mesti itu Ridh.” Kata Zatul sambil bangun dari kerusi.” Maaf aku lambat sampai,aku tengah ada hal kat rumah tadi. Henset aku tak ada batteri. Time aku bukak henset aku tadi aku dapat miscall and mesej dari kau, sebab tu aku pecut ke sekolah. Maafkan aku ya.” Pejuk Ridh kepada Zatul. Zatul hanya memeluk tubuhnya dan memuncungkan mulutnya. “ yalahhh,aku ni bukan penting sangat pun kan. Tau la aku ni just kawan kau kan. Kalau Lia tu lain la kan. Kalau dia yang ajak mesti ka uterus datangkan kalau aku pula. Hemmm,berjanggut aku tunggu.” Bebel Zatul lagi.” Alaa member baik aku ni merajuk pula.” Usik Ridh sambil mencuit dagu Zatul.” Apa ni main cuit-cuit ni. Tumbuk nak?” balas Zatul yang dalam keadaan malu. Lalu mereka melakukan eksperimen yang mereka rancangkan dengan jayanya.
            Semasa eksperimen itu di jalankan,Ridh tepandang ke aras satu cecair yang berhampiran dengan lengan Zatul.” Eh Zatul, tu cecair apa?” Tanya Ridh sambil menundingkan jarinya kea rah cecair tersebut.” Hari tu kau kata aku yang nyanyuk, sekarang kau pula yang nyanyuk kan. Ni cecair Luminal la bengap. Kan kia buat eksperimen reaksi luminal terhadap cecair-cecair yang kita akan test kejap lagi macam air suling,air kapur or macam-macam lagi lah.” Jelas Zatul dengan terperincinya.” Darah pula?” tanya Ridh lagi.” Darah pun kau nak buat ke? Jap-jap kenapa kau tanya aku ni? Bukan ke kau yang pandai bab-bab cecair kimia ni?” tanya Zatul sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.” Ya tak ya juga kan. Lupa pula.” Balas Ridh sambil tersenyum malu. Lalu mereka menjalankan ujikaji mereka dan Ridh menjalankan ujikaji menggunakan darah.
“Aku dah dapat cara untuk menyelesaikan kes ni” bisik Ridh di dalam hatinya.
            Setelah selesai melakukan eksperimen tersebut,Ridh mengajak Zatul ke kedai mamak yang berdekatan dengan sekolahnya. Mereka berjalan kaki untuk sampai ke destinasi mereka. Ketika sedang berjalan,Ridh sedang berfikir bagaimana untuk mencari elibai yang kukuh untuk membuktikan suspek yang disyakinya itu ialah pembunuh.
“Kenapa kau diam ni Ridh? Biasanya kau banyak cakap.” Tanya Zatul kepada Ridh apabila melihat wajah sahabat karibnya seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Tak ada apalah Zatul. Tu kedai dah nak sampai tu,aku ngah fikir nak makan apa ni.” Balas Ridh. Ridh terpaksa menipu Zatul supaya Zatul tidak fikir benda lain tentang dirinya.
            Setelah sampai dan selesai memesan makanan,Zatul mula bersuara.” Aku rindu dekat Zack. Dia selalu buat aku happy time-time cam ni. Aku selalu tengok korang main bola dan aku suka tengok adik aku tu tersenyum girang.” Kata Zatul dengan nada yang rendah. Tiba-tiba air mata Zatul mengalar ibarat arus sungai yang tenang di pipinya. Bunyi esakkan daripada tangisan Zatul kedengaran walaupun perlahan.
“Zat..”  baru sahaja Ridh ingin memujuk Zatul,mulut Zatul terbuka lagi dan berkata.” Aku ingat lagi dia menang pertandingan bola sepak peringkat sekolah. Time tu dia gantikan Aqim kerana Aqim dibuang daripada pasukan kerana bermain kasar.” Ridh terkejut dengan kata-kata Zatul tadi. Rupa-rupanya Zack sudah mengenali Aqim. Lalu Aqim sudah mendapat satu cara dan elibai untuk memecahkan teka-teki yang selama ini ditanggungnya sendirian.
“Weh Zat kau boleh tolong aku tak?” tanya Ridh sambil memandang mata Zatul yang merah itu.
“Tolong apa?” Tanya Zatul dengan nada yang perlahan.
“Kau tolong aku suruh Aqim datang sekolah esok dan tunggu dalam dewan. But kau jangan kata aku yang suruh. Boleh tak?” tanya Ridh lagi.
“Baiklah.” Jawab Zatul dengan lemah.
“dah-dah makan cepat. Jangan nangis dah. Aku tak nak member aku ni nangis lagi.” Pujuk Ridh sambil mengelap air mata Zatul. Lalu mereka makan dengan seleranya. Setelah selesai Ridh terus pulang ke rumahnya.
            Setelah sampai di rumah,Ridh menyediakan barang-barang yang diperlukan untuk membocorkan persoalan yang dia fikirkan selama ini.” Esok ialah pengakhiran bagi semua ini.” Kata Ridh.
VOL 1
Bab 6: Kertas bertulis
            Jam menunjukkan menunjukkan tepat pukul 7 pagi. Ridh berjogging ke Bandar untuk memulakan hari dengan pergerakan yang banyak. Ketika Ridh melalui satu lorong,dia terdengar bunyi suara wanita yang sedang menahan kesakitan. Ridh cuba mencari darimana bunyi itu datang. Lalu Ridh terpandang sebuah kereta.” aku rasa bunyi tu datang dari kereta tu.” Bisik hati Ridh sambil memandang kereta Hilux yang berwarna hitam dengan tajam. Ridh mengahampiri kereta itu,semakin dekat semakin kuat bunyi itu. Ridh cuba memberanikan diri untuk melihat apa yang ada di bahagian belakang kereta Hilux itu.
“Eh Lia,apa awak buat disini?” tanya Ridh apabila dia melihat Lia yang berada dalam kereta itu.” Ridh,tolong saya. Kaki saya terseliuh.” Balas Lia akan tetapi Lia masih lagi tidak menjawab soalan Ridh. Lalu Ridh membuka pintu belakang kereta itu lalu mengangkat Lia ke kerusi di kedai yang berhampiran.” Kena apa kaki awak ni?” tanya Ridh sekali lagi dengan soalan yang berbeza.” Begini ceritanya,masa saya jog tadi, ada seekor anjing kejar saya. Saya lari lah sekuat hati sampai terseliuh kaki saya. Pastu saya ternampak hilux tak ada orang. Saya pun pergi ke hilux tu and terus menyorok kat situ. Sakit tau kaki saya ni.” Jelas Lia kepada Ridh.
“Panjang juga cerita awak tu.” Gurau Ridh terhadap Lia.” Eiii awak ni,saya serius ni. Sakit tau.” Ridh tergelak melihat rengetan Lia itu. Comel sangat.” meh saya ubatkan awak okay.” Jawab Ridh sambil tersenyum. Lalu Ridh mengeluarkan sapu tangan dari poketnya dan ikat bahagian yang terseliuh itu.” Awak mesti sejukkan?” tanya Ridh kepada Lia.
“Yup,sejuk sangat-sangat.” jawab Lia.
            Lalu Ridh menanggalkan baju sejuknya.” Nah!” kata Ridh sambil menghulurkan baju sejuknya kepada Lia.” Kenapa ni Ridh?” tanya Lia sambil menggosok kakinya itu.” Pakailah, nanti awak kesejukan pula.” Kata Ridh dengan senyuman.” Tapi nanti awak sejuk.” Balas Lia dengan Ringkas.” Saya taka pa,awak tu yang penting.” Kata Ridh lagi.” Tapi….” Belum habis lagi Lia berkata,Ridh dah tutup mulut Lia dengan jarinya. Lalu Lia terdiam dan memakai baju yang diberikan oleh Ridh.
“Baik juga Ridh ni,untung siapa yang dapat dia.” Bisik hati Lia.
            Angauan Lia terhenti apabila Ridh mencubit hidungnya dengan manja.” Awak termenung kat siapa tu? Dekat pakwe ya.” Usik Ridh.” Mana ada lah,saya terharu je sebab awak sanggup bersejuk kerana saya.” Balas Lia. Muka Ridh menjadi merah,lalu Ridh memandang kearah berlainan dan berkata “ jom la saya hantar awak ke rumah awak,lagi pun motorsikal saya dah tak jauh dari sini.” Lia tergelak kecil apabila melihat muka Ridh yang merah padam itu.
“Dah,dah la gelak tu. Jom la saya bawa awak pulang.” Ajak Ridh sekali lagi.
“Okay,okay. Jom,jom.” Balas Lia dengan pendek.
            Baru satu langkah Lia merasakan kakinya sakit kembali, Ridh yang Nampak Lia yang hampir jatuh terus menyambutnya. Lia menjadi kaku dengan situasi tersebut. Mata bertentang mata,hatinya mula berdegup kencang dan nafasnya mula berat.
“Awak tak apa-apa?” tanya Ridh dengan Ringkas.
            Lalu Lia tersedar dari lamunannya sekali lagi. Lalu mereka menuju ke motorsikal Ridh dengan perlahan kerana Ridh dikehendaki memapah Lia yang sedang sakit. Lalu Ridh menghantar Lia pulang dengan laju. Setelah sampai sahaja di hadapan rumah Lia,Lia turun dengan perlahan-lahan.” Terima kasih ya Ridh sebab dah hantar saya pulang.” Kata Lia sambil melontarkan senyuman yang manis.” Sama-sama,awak simpan lah baju saya tu. Mana tahu satu hari nanti awak perlukannya ke.” Kata Ridh. Lalu Ridh memecut laju motorsikalnya dengan laju pulang ke rumah.
            Sesampai sahaja Ridh halaman rumahnya,dia terlihat ada sebuah motorsikal yang agak mirip dengan motorsikan Afiq.” Ni motor siapa? Maybe keluarga Afiq kot.” Kata Ridh dalam keadaan separuh terkejut. Ridh mulakan langkahnya ke dalam rumahnya dengan kaki kanan,seperti biasa adiknya yang comel itu akan menerkamnya dengan laju.” Awalnya adik along ni bangun. Adik dah makan.” Tanya Ridh kepada adiknya yang comel itu.” Dah,along ada kawan along kat dapur tu. Dia kata nak cakap sesuatu dengan along.” Kata Raudah sambil memandang mata Ridh. Lalu Ridh mendukung adiknya yang comel itu dan bawanya ke dapur.
“Assalamualaikum mak, along dah ba…” kata-kata Ridh terhenti seketika apabila melihat rakan sekelasnya,Aqim yang berada di situ, bukannya salah seorang keluarga Afiq.” Waalaikumussalam, hah Ridh kau dah sampai. Lama aku tunggu kau tau tak, aku nak bincang something dengan kau ni.” Kata Aqim. Lalu Ridh meletakkan adiknya ke bawah  secara perlahan-lahan.” Kita berborak di ruangtamu lah. Tak elok berborak dekat dapur ni. Nanti apa kata mak aku pulak.” Kata Ridh kepada Aqim sambil menundingkan jara ke arah ruang tamu.
            Samapi sahaja di ruangtamu,Ridh dan Aqim melabuhkan punggung mereka ke atas sofa.” Hah Aqim,apa yang hang nak bincang ngan aku ni? Macam penting je sampai datang rumah aku bagai.” Kata Ridh dengan nada yang serius.” Kau tengok ni.” Balas Aqim sambil member sehelai kertas kecil yang berukuran sehelai kertas dari buku 555 kepada Ridh.” Kertas apa ni?” tanya Ridh sambil membaca nota tersebut.” Kalau aku tahu,buat apa aku datang sini.” Balas Aqim.” Lagi pun aku jumpa nota tu depan rumah aku semasa aku buka pintu rumah aku pagi tadi. Masa tu aku baru je nak basuh motor sebab racing semalam. Tengok-tengok ada kertas dekat depan pintu. Aku pelik lah, so aku bawa la kertas ni kat kau sebab aku rasa nota ni mungkin ada jawapan bagi persoalan kau.” Kata Aqim lagi. Ridh mendengar penjelasan Aqim itu tadi dengan teliti.
“By the way aku ada kerja ni, aku kena gerak dulu.” Kata Aqim sambil bangun daripada sofa itu.” Okay la kalau gitu. Biar aku simpan dulu nota ni,kalau ada apa-apa aku call kau, okay.” “okay je.” Balas Aqim apabila mendengar kata-kata Ridh sebentar tadi.”baru teringat, tu motor kau ke?” tanya Ridh sambil menunding jari kearah motor itu.” Yup,kenapa?” “Tak ada apa lah.” Lalu Aqim berlalu pergi dan hilang sekelip mata.

Tuesday 19 August 2014

VOL 1
Bab 5: Misteri yang membingungkan
            Sudah berjam-jam di dalam biliknya. Ibu Ridh menjadi risau akan Ridh. Dua orang sahabat baiknya telah meninggal dunia kerana kes kebunuhan.” Alongggg,keluar lah makan. Dah dua hari along tak makan. Nanti jadi apa-apa pula,”kata ibu Ridh yang penyayang itu.” Tak lapar mak. Mak bagi lah Raudah makan dulu.” Balas Ridh dalam biliknya.” Adik dah makan la, sedapppppp.”balas adiknya yang ada di depan bilik Ridh bersama ibunya. Mendengar suara adiknya,Ridh terus keluar dari biliknya.” Ya allah,apa yang along buat dalam bilik tu. Penuh dengan kertas?” soal maknya apabila melihat keadaan bilik Ridh yang penuh dengan kertas.” Tak ada la mak. Buat kerja sekolah je.” Balas Ridh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
            Lalu Ridh berlalu ke dapur untuk makan. Setelah samapi di meja makan,Ridh ingin melabuhkan punggungnya di kerusi,tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama yang keluar pada telefon bimbitnya ialah nama Zatul.” Kenapa budak ni call aku masa ni?” soal Ridh dalam hati.” Hello,hah Zatul. Ada apa call aku masa ni.?” “Weh kau sibuk tak? Lau tak jom teman aku gi kedai mamak depan sekolah. Aku ada hal nak bincang dengan kau.” “Okay,lagi 30 minit aku sampai. Aku nak mandi and makan dulu.” Tiba-tiba talian terputus.” Aishhh dia ni. Tak habis cakap dah letak.” Renget Ridh di meja makannya. Kebelakangan ini Zatul sering meletakkan telefonnya secara tiba-tiba.
‘Vrooooooooommmm’ dengan lajunya bunyi dengusan yang keluar dari motorsikal Ridh yang baru bertolak dari rumahnya. Ridh memecut dengan kelajuar yang membolehkan meter motorsikalnya terbalik. Kedai mamak tu dah tak jauh dari pandangan mata Ridh. Lalu Ridh memperlahankan motorsikalnya. Setelah sampai,Ridh mencari-cari Zatul.” Mana budak ni,kata nak jumpa.” Bebel Ridh seorang diri.” Assalammualaikum.” Bunyi suara seorang gadis member salam dari belakang. Lalu Ridh berpusing untuk melihat siapakah gerangan wanita yang memeberi salam tersebut. Rupa-rupanya bukan Zatul,akan tetapi seorang gadis yang cantik. Gadis itu bertudung hitam,berbaju kurung purple,memakai kanta lengkap dan memakai kasut sederhana tinggi.” Waalaikumussalam.” Jawab Ridh dengan tenang.
“Maafkan saya cik. Cik tengah mencari siapa?” tanya Ridh terhadap wanita itu.” Awak dah lupa kat saya ke?” jawab wanita itu dengan lembut. Terkejut juga Ridh mendengar jawapan yang keluar dari mulut wanita itu.” Maaf sekali lagi ya cik,kita pernah jumpa kah?” tanya Ridh sekali lagi.” Saya ni Lia la. Kan kita kenal dalam facebook dulu. Awak dah lupa ke?” alangkah lagi terkejut Ridh dibuatnya, ketika Ridh dalam kekusutan,terjumpa pula gadis yang dia selalu stalk dalam facebook tu di sini.” Ya Allah,Lia rupanya. Maaf la,saya tengah cari kawan saya. Dia kata nak jumpa saya. Tapi saya tak jumpa-jumpa pun dia dari tadi.” “Kawan? Setahu saya tak ada orang pun di sini selain kita and pekerja mamak kat sini. Kan sekarang ni dah malam, opps lupa,biasalah lelaki suka melepakkan betul tak?” “Bukan la,kawan saya tu perempuan. Dia kata nak jumpa saya kat sini. Katanya ada hal yang penting.” Jelas Ridh.” Kawan ke girlfriend.” Perli Lia sambil senyum sinis. Baru sahaja Ridh ingin menjawab soalan Lia itu tadi,tiba-tiba Zatul datang dan menyapa Ridh dari belakang.
“Hah,mentang-mentang aku lambat datang kau ada masa nak mengorat dengan perempuan lain kan.” Perli Zatul. Kepala Ridh menjadi blank,kosong. Ridh rasa macam nak jadi gila. Apa yang berlaku sekarang ni. Kenapa Zatul menjadi gembira secara tiba-tiba? “ Lia, kenalkan ni kawan saya Zatul dan Zatul ni kawan siber aku,Lia.” Ridh memperkenalkan Zatul dan Lia sesama sendiri.” Hah,apa yang penting sangat sampai kau nak jumpa aku bagai ni. Tak boleh jumpa dekat sekolah ke apa?” bebel Ridh terhadap Zatul.
“Saya pergi dulu ya,maaf saya ada kerja ni. Saya pergi dulu.” Lalu Lia pergi dan hilang dalam bayang.” Hah,apa celop kau nak jumpa aku masa ni? Dah malam ni kan.” Tanya Ridh terhadap Zatul.
“Kau kata kau nak tolong aku cari siapa yang bunuh adik aku kan?” tanya Zatul sambil bertongkat dagu.” Yup, kenapa?” tanya Ridh kembali sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.” Cuba kau tengok nota ni. Aku tak faham la.” Kata Zatul sambil menunjukkan sehelai kertas yang tertulis sesuatu padanya.” Api yang marak sudah tidak perlu membara lagi? Apa maksud ni?” Tanya Ridh kepada Zatul sambil menanyakan soalan yang sama kepada Zatul.
“Aku tahu la kau rindu nak makan kasut aku ni,kau nak makan kasut sekarang ke? Kalau aku tahu,aku tak tanya kau dah bengap.” Bebel Zatul kepada Ridh. Ridh tergelak kecil apabila mendengar bebelan Zatul tadi.” Sorry-sorry,aku lupa pula yang kau pun tak tahu.” Zatul kembali muram walaupun Ridh berjenaka di hadapannya. Ridh pun turut terdiam apabila melihat muka Zatul yang muram itu.
“Zatul,jangan la sedih. Aku tak nak member baik aku ni bersedih.” Pujuk Ridh.” Tak la. Mana ada sedih. Kau tolong rungkaikan maksud nota ni boleh. Aku tak tahu lah.” Pinta Zatul kepada Ridh.” Okay,aku akan cuba. By the way,boleh aku tanya something tak?” Tanya Ridh sambil menatap mata Zatul sedalam yang mungkin.”Tanya lah.” Jawab Zatul dengan ringkas.” Kena kau selalu letak telefon tanpa bagi tahu aku dulu?” Terkeluarlah persoalan yang Ridh simpan selama ini kepada Zatul.” Ouwh,bukan la. Henset aku ni dah bengap sangat dah. Selalu ma sendiri.” jawab Zatul dengan jelas. Ridh mendengar dengan teliti. Setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh Zatul,Ridh berasa lega kerana tiada apa-apa yang berlaku terhadap Zatul.
“Kenapa kau tanya? Kau risau kan aku ye?” Usik Zatul.” Gila tak risau. Kau kan kawan baik aku. Tak kan aku tak risau bila call tak angkat,sekolah tak datang dan mesej aku pun ko tak balas.” Balas Ridh.” Kan aku dah kata tadi yang henset aku buat hal.” Balas Zatul. Mereka berbual sepanjang malam. Apabila bila jam tepat pukul 10 malam,mereka pulang ke rumah masing-masing.
            Setelah sampai di rumahnya,Ridh terus bergegas ke biliknya dan melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Ridh meneliti nota yang misteri yang diberi oleh Zatul itu.sudah berjam-jam ridh meneliti nota tersebut tetapi tiada sebarang petunjuk.” Hah. Baru teringat,Zatul tak bagi tahu aku pun darimana dia jumpa nota ni.” Setelah becakap sendiri terus Ridh menelefon Zatul.
“Hello. Sape ni? Aku nak tidur pun susah. Dah pukul 2 pagi ni.” Bebel Zatul dalam telefon.” Oi budak,ni aku lah. Aku lupa nak tanya kau tadi,kau jumpa kat mana nota ni?” tanya Ridh kepada Zatul yang sedang dalam keadaan separuh sedar.” Oi bengap,esok boleh tanyakan kat sekolah. Aku pantang betul orang kacau aku tidur.” Terus Zatul meletak telefonnya.” Aishh budak ni,nak aku tolong pastu marah-marah aku pula. Esok cuti,bengap gak kawan aku sorang ni. Baik aku tidur.” Bisik hati Ridh. Lalu Ridh berbaring atas katilnya lalu terlena.

Monday 18 August 2014

VOL1
Bab 4:Penyiasatan bermula
            Setelah balik dari kelas tambahan dari sekolahnya, Ridh terus baring atas katilnya sambil mengeluh panjang. Dia rasa lemah semangat kerana Zatul tidak hadir kelas tambahan hari ini. Ridh ingin menelefonnya tapi takut dikata ganggu pula. Tiba-tiba Ridh terfikir kejadian petang tadi, air muka Afiq yang berubah serta merta apabila berbicara tentang adik Zatul.” Mesti ada yang tak kena ni. Aku rasa mesti Afiq ada kaitan dengan kematian Zack ni.” Lalu Ridh bangun dan periksa jadual kelas tambahannya. Nasib menyebelahinya sebab esok tiada kelas tambahan petang. Itu bermakna Ridh dapat menyiasat tentang kematian Zack.
            Keesokan paginya selepas balik sekolah, Ridh terus ke kedai buku komik yang selalu disinggah oleh Zack. Setelah sampai,dia ternampak Afiq baru keluar dari kedai itu. Setelah Afiq meninggalkan kedai itu, Ridh terus memasuki kedai tersebut. “Maafkan saya cik,lelaki tadi beli buku apa ya?” Tanya Ridh terhadap jurutunai tersebut.’ Lelaki tadi beli buku ‘The Skull Man’. Kenapa? Adik pun nak beli juga ke?” Tanya jurutunai itu sambil menunjukkan komik tersebut.” Eh tidak lah, lelaki itu selalu beli buku ‘Wira Perdana’ tak?” Tanya Ridh sambil menjenguk-jenguk kearah komik lain yang ada di meja kaunter tersebut.” Ada, malah dia selalu beli setiap episode yang keluar. Kecuali episode terakhir. Dia terlambat, dia datang selepas sahaja buku di jual kepada seorang budak sebaya 14 tahun begitu.” Dalam hati Ridh sudah tahu bahawa budak yang jurutunai ni cakap ialah Zack. Kemudia Ridh terus beredar tanpa bersuara.
“Assalamualaikum Afiq, kau kat mana ni? Aku hajat nak datang rumah kau.” “ Waalaikummussalam, Ridh rupanya. Aku dekat rumah ni. Datang lah.” Selepas meminta izin daripada tuan punya rumah untuk datang ‘melawat’, terus Ridh pecut dengan motorsikalnya selaju yang mungkin. Setelah sampai dirumah Afiq. Dia terkejut kerana melihat motorsikal yang pernah  ingin terlanggar dengannya ialah kepunyaan Afiq.” Hah Ridh, kau dah sampai. Jemput la masuk.” Pelawa Afiq yang tidak tahu apa-apa tentang hajat Ridh datang ke rumahnya.
“Aku datang saja-saja je ni nak lawat kau. Maklum lah sudah lama kau pindah sekolah dan tidak bertemu dengan aku. Aishhh rasa macam terkejut je bila jumpa kau ary tu.” Kata Ridh kepada Afiq.” Aku pindah sekolah dulu sebab aku kena jaga nenek aku kat kampung. Bila nenek aku sudah sihat aku hajat nak pindah kat sekolah kita tu balik tapi sudah penuh. Sebab tu la aku masuk sekolah lain.” Terang Afiq kepada Ridh. Mereka berbual dengan rancak sekali. Kemudian Afiq bangun untuk ke tandas. Apabila Afiq ke tandas, Ridh terus mencari komik ‘Wira Perdana’ episode akhir. Akan tetapi dia tidak menjumpainya. “Kau cari apa tu Ridh?” soal Afiq setelah melihat Ridh membelek-belek komiknya.” Aku mencari komik ‘Wira Perdana’  tak? “  “ Ada. Kejap ya.” “Kau nak episode berapa Ridh? Aku ada semua episode.” Setelah menedengar kata-kata Afiq. Jelas terbuktilah bahawa dial ah pemubunuh Zack. Akan tetapi macam mana dia nak buktikan kepada polis?
“Oi, termenung apa.” Tanya Afiq sambil menepuk bahu Ridh.” Eh-eh tak ada apa la. Weh aku kena gerak dulu. Aku ada hal.” “Komik ni pulak?” Tanya Afiq sambil mengangkat komik ‘Wira Perdana’ . “ Tak apa la bro, lain kali lah.” Terus Ridh memecut ke rumahnya.
“Macam mana ni. Kawan baik aku adalah pembunuh kepada kawan baik aku. Macam mana ni?” Ridh ke hulu kehilir banyak kali. Kemudian dia baring atas katil lalu terlena.” Along…” terus Ridh terjaga apabila adiknya melompak kearahnya.” Kenapa dik?” Tanya Ridh sambil menggosok matanya.” Along, mak panggil.” Terus adiknya beredar dari situ. Lalu Ridh keluar dari biliknya dan menuju kearah ibunya.
“Kenapa mak? Mak nak along tolong apa-apa ke?”  “ Meh tolong mak masak.” Terus Ridh pergi bersebelahan ibunya lalu memotong bawang. Ketika Ridh asyik termenung akan sahabatnya itu, tiba-tiba Ridh terhiris jarinya sendiri.” Aduh! Aishhh, macam mana boleh kena ni.” Rungut Ridh sambil menghisap jarinya yang sakit itu.” Apa yang along termenung tadi,kan dah terpotong jari tu.” Rungut mak Ridh sambil mencuci luka di jari Ridh.” Tak ada apa-apa lah mak. Oh mak saya nak tanya. Kalau mak jadi poliskan, dan mak dah tahu siapa penjenayahnya kan tapi mak tak ada bukti. Apa mak akan buat?” tanya Ridh kepada ibunya.” Penjenayah ini ibarat ular. Kalau kita nak tangkap ular,kita kena paksa ia keluar.” Ridh hanya terangguk-angguk tanda dia faham apa yang disampaikan oleh ibunya.
            Setelah selesai menolong ibunya di dapur, Ridh terus ke biliknya lalu baring atas katilnya.” Ada betul gak cakap mak tadi. Ular itu sejenis haiwan yang cerdik dan lincah tapi pandai menyorok. Kalau nak paksa ia keluar mesti ada strategi.. tapi ‘ular’ yang aku nak paksa ia keluar ni bukan jenis ular yang biasa. ‘ular’ ni ada akalnya sendiri. Aku kena rancang betul-betul.” Setelah Ridh selesai bercakap sendirian dalam biliknya, terus Ridh bangun dan menuju ke meja belajarnya. Ridh keluarkan sebatang pen yang bewarna hitam dan sehelai kertas. Kemudia Ridh keluarkan computer ribanya dan mencari maklumat tentang kes pembunuhan yang dapat diselesaikan. Setelah lama Ridh mengkaji,lalu Ridh tertidur atas computer ribanya itu.
‘Ringgggggggggggggggggggggggg’ bunyi jam loceng Ridh berbunyi. Lalu Ridh bangun dari tidurnya.” Ishh, macam mana aku boleh tertidur ni?” Soal Ridh dengan dirinya sendiri. Secara tiba-tiba,dia terlihat pada skrin computer ribanya itu dengan penuh keyakinan.” Selepas semalaman aku kaji pasal ni, rupa-rupanya semua penyiasat dan polis menggunakan cara yang sama untuk memerangkap penjenayah.” Senyuman yang menakutkan terukir pada mulut Ridh. Dengan cara itu,Ridh dapat membongkarkan segalanya.” Oiiii,aku dah lewat ni.” Terus Ridh bergegas bersiap dan terus ke sekolah.
            Hari ini juga Zatul masih tidak hadir ke sekolah. Setelah bunyi loceng sekolah yang menandakan waktu rehat,Ridh terus ke kantin untuk membeli makanan. Setelah membeli makanan Ridh terus duduk di tempat duduk yang hujung sekali. Tempat itu biasanya tempat Ridh dan Zatul melepak sekali. ” Assalamualaikum.” Ridh terus berpaling ke belakang setelah mendengar salam dari suara yang garau dari belakangnya.” Waalaikumuusalam,eh Aqim. Duduk lah. “ pelawa Ridh kepada Aqim yang sedang memegang sepinggan mee goreng dan secawan air sirap.” Mana Zatul? Bukan ke kau selalu lepak dengan dia kat sini?” soal Aqim pula.” Dia tak datang hari ni. Mungkin dia sedih lagi kot tentang kematian adik dia tu. Cakap tentang adik dia tu, aku rasa aku dah tahu siapa yang bunuh adik Zatul tu.” Tersembur makanan dari mulut Aqim apabila Ridh berbicara seperti itu.” Kau ni nak bergurau agak-agak la. Polis dah bagi tahukan dulu yang adik Zatul tu kemalangan bukan kena bunuh. By the way, kau tahu darimana yang adik Zatul tu kena bunuh? Siapa yang bagi tahu kau?” soal Aqim yang penuh kehairanan.” Tak ada sesiapa yang bagi tahu aku. Aku selidik sendiri. And now,aku rasa aku tahu siapa gerangan pembunuh tu tapi aku perlukan idea macam mana nak perangkap dia tu supaya mengaku.” “Errr aku pun tak tahu. Siapa pembunuhnya?” Tanya Aqim dengan nada yang ingin tahu.” Aku boleh bagi tahu kau. Tapi kau jangan bagi tahu sesiapa ok, terutama Zatul.” “Okay bro,no hal.” Lalu Ridh bisikkan nama pembunuh tersebut kepada Aqim. Terus riak muka Aqim berubah dengan serta merta.” Kau biar betul Ridh. Aku macam tak percaya.” “Betul,aku tak tipu.” Lalu Ridh menceritakan segalanya kepada Aqim. Aqim hanya mendengar dengan teliti.
            Sudah tiga hari berlalu dan Ridh masih lagi menyiasat tentang kematian Zack secara senyap-senyap. Keluarganya tidak tahu tentang penyiasatan yang dilakukan oleh Ridh. Tepat pukul 12 tengah hari,Ridh baru pulang dari sekolahnya. Di sekolahnya terdapat program bina insan. Di sebabkan itulah Ridh dibenarkan pulang lebih awal daripada biasa. Ridh duduk di atas sofanya lalu membuka televisyennya. Apa yang ada pukul 12 tengah hari? Yang ada hanyalah berita. Ridh lalu bangun kerana ingin beredar daripada tempat itu. Secara tiba-tiba, Ridh mendengar berita tentang kematian seorang remaja. Berita itu menarik minat Ridh, lalu Ridh melabuhkan punggungnya ke sofa semula.
“Tu macam Afiq je dalam berita ni?” soal Ridh dalam hatinya. Lalu Ridh teliti gambar si mati itu dengan lebih dekat dari luar televisyen. Tiba-tiba,pemberita itu menyebutkan nama yang Ridh kenal dan membuatkan Ridh amat terkejut. Si mati tersebut ialah pembunuh kepada adik Zatul,Zack.
            Lalu Ridh bangun dan bergegas mencapai telefon bimbitnya.” Hello! Zatul, kau ada tengok berita tak.” “Ada,tak sangka kawan kita dah matikan.” Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zatul itu membuatkan Ridh menjadi bertambah bingung.” Apa yang dah jadi? Siapa bunuh Afiq? Tak kan Zatul pula? Zatul tak tahu yang Afiq lah yang bunuh Zack. Arghhhhh apa yang berlaku ni!” soal Ridh dalam hatinya. Lalu taliannya tiba-tiba terputus. Ridh cuba untuk menelefon Zatul kembali akan tetapi taliannya selalu terputus.
“Along,kawan along mati dah ke?” terkejut Ridh dibuatnya apabila Raudah menegurnya dari belakang.” Ha ah,dia kawan along tau adik. Along tak tahu macam mana dia boleh meninggal.” Balas Ridh kepada adiknya.” Mungkin dia ada bunuh orang kot, sebab tu ada orang bunuh dia.” Mendengar kata-kata itu membuatkan Ridh kaku sementara. Ada betul juga apa yang diperkatakan oleh adiknya itu. Walaupun umur adiknya masih kecil tapi mulutnya yang petah sering membuat orang lain tergelak. Akan tetapi kali ini, mulut Raudah yang petah itu membuatkan Ridh kebingungan yang agak melampau.
            Ridh terus ke biliknya lalu menguncikan dirinya di dalam bilik.

Monday 11 August 2014

VOL1
Bab 3: Pertemuan Semula
            Ridh masuk ke kedai komik tersebut dan membelek-belek buku-buku komik  yang ada di kedai itu. Tiba-tiba dia terfikir. “ apa yang aku cari sebenarnya ni? Aku nak cari petunjuk,tapi dari manakah aku ingin mulakannya.” Tiba-tiba Ridh tersedar dari lamunannya apabila seorang lelaki telah terlanggar bahunya. “Maafkan saya.” Kata lelaki itu sambil anggukkan kepalanya. “Tak mengapa,ini salah saya juga sebab berangan di tengah jalan.” Kata Ridh sambil tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apabila lelaki itu mendongakkan kepalanya Ridh menjadi terkejut malah mulutnya mula mengukir senyuman. “Eh, kau ni Afiq kan? Bekas pelajar SMK Muzik Perdana?” Tanya Ridh sambil jarinya menunjuk kea rah lelaki tersebut.

“Ya, saya Afiq. Maafkan saya, adakah kita saling berkenalan.” Balas Afiq dengan muka yang kehairanan. “ Ni aku la, Ridh. Kawan baik kau masa form 1 dulu. Takkan tak ingat aku kot.” Balas Ridh yang masih tersenyum. Apabila Afiq tengok muka Ridh lama-lama, dia baru teringat akan sahabat karibnya yang dahulu selepas sekian lama terpesah. “Eh-eh, Ridh. Masyaallah kecilnya dunia ni. Lama tak jumpa kau bro. “ kata Afiq sambil berjabat tangan dengan Ridh.” Tu la pasal, selepas tiga tahun kita berpisah, akhirnya Allah bertemukan aku dengan kawan karib aku dengan Zatul ni. Oh yak au masih ingat pada Zatul kan?”  Tanya Ridh sambil memandang kea rah Afiq. “Mesti la aku ingat dua orang sahabat karib aku yang hensem and sorang lagi yang tampan ni.” Balas Afiq sambil senyum seperti perli Ridh.”Ada-ada jelah kau ni, by the way. Awat kau datang kedai komik ni? Tak pernah pun aku tengok kau datang sini.” Kata Ridh.” Eh-eh aku memang always datang sini la setiap minggu untuk dapatkan komik ‘The Skullman’ ni. Selepas cerita komik lama aku dah habis sampai last episode, aku beralih ke komik lain.” Terang Afiq kepada Ridh. Ridh hanya mengangguk kepalanya tanda faham.

“okay la bro, aku kena gerak ni. Nanti mak aku bebel pula kat rumah tu. Bagi nombor telefon kau. Nanti aku boleh roger-roger kau.” Kata Ridh kepada Afiq. Setelah selesai perbualan mereka yang singkat itu, Ridh lansung pulang ke rumahnya dengan segera.

“Fuhh,penatnya.” Keluh Ridh yang sedang berbaring atas katilnya. “Alongggg.” Terkejut Ridh apabila adiknya Raudah melompat ke atas katil Ridh. “Along,along,along, tadikan ada orang tepon along. Banyak kali tau. Sakit telinga adik bila dengar lagu jepun along tu bunyi banyak kali.” Ridh menjadi terkejut sebab setahu dia, semasa dia tengok telefon bimbit dia tadi, tiada sebarang miscall pun. “Macam mana adik tahu?” “La along ni. Adik tahu la. Tadi adik angkat masa dia tepon abang. Suara perempuan, makwe abang ye.” Usik adiknya yang comel itu. “Ish adik ni,merepek je. Mungkin tu akak Zatul kot.” Balas Ridh sambil periksa telefon bimbitnya. Betul jangkaannya bahawa Zatul yang telefonnya banyak kali.”ouwhhh” adiknya mengangguk kepalanya lalu berlalu pergi.

            Tiba-tiba telefonnya berbunyi sekali lagi dalam genggamannya. Terus Ridh menjawab panggilan daripada Zatul itu. “Ya hello,maaf la sebab aku….” Ridh terdiam apabila mendengar Zatul menangis dalam talian. “Zat,kenapa ni? Ada masalah lagi ke?” “Aku lemah Ridh. Aku lemah. Aku tak dapat tahan kesedihan dan penderitaan ni lagi.” Ridh terkedu dengan kata-kata yang Zatul cakap tadi. “Zat,aku tak paham apa yang kau nak sampaikan dekat aku. Cuba kau terangkan dekat aku slow-slow.” “Tak apa la Ridh, esok kita jumpa tempat biasa pukol 9 pagi.” Terus Zatul mematikan telefonnya. Ridh hanya terdiam sambil merenung telefon bimbitnya. Ridh menjadi serba salah.” Dia merajuk dengan aku ke? Tak kan sebab aku tak agkat telefon dia merajuk sampai menangis kot.” Bisik hati Ridh.

“Alongggggggg, ada orang datang.” Jerit Raudah dari ruang tamu. Lalu Ridh bergegas turun ke bawah. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat tetamunya ialah Afiq. “Eh-eh ni rumah kau ke Ridh?” “Broooo,ya ni rumah aku. Jemput la masuk.” Jemput Ridh. “Adik pergi main dekat atas ya, along nak berborak dengan kawan along kejap.” “okay boss” balas Rudah sambil beri tabik hormat kepada Ridh. Afiq tergelak kecil apabila melihat gelagat comel Raudah. Lalu Raudah bersegera masuk ke biliknya.

“Afiq kau tunggu kat sini kejap k, aku nak buat air.” “Eh tak payah susah-susah la. Aku datang kejap je ni. Aku nak Tanya pasal Zatul.” Apabila Ridh mendengar sahaja nama Zatul terkeluar dari mutul Afiq. Ridh terus focus kepada Afiq.” Aku nak Tanya,aku dengar cerita adik Zatul kemalangan, betul ke?” Tanya Afiq kepada Ridh. Ridh mengangguk lemah. “Dia eksiden semasa balik dari beli buku komik.” Jawab Ridh dengan lemah. Mendengar jawapan dari mulut Ridh,Air muka Afiq berubah. Afiq terus minta diri untuk pulang. Setelah tiada bayang Afiq kelihatan, Ridh mula menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan penuh kehairanan.” Along,adik boleh keluar dah ke?” tergelak Ridh apabila mendengar adiknya menjerit dari dalm bilik.” Keluarlah, kawan along dah balik.”

Thursday 7 August 2014

vol 1
Bab 2: Gadis Yang Sepi
            Sudah tiga hari berlalu selepas kematian Zack. Perubahan terhadap Zatul jelas kelihatan. Gadis yang ceria dan penuhi harinya dengan senyuman yang menawan kini menjadi gadis yang pendiam dan tidak bergaul lagi. Para peminatnya sudah berkurangan akan tetapi hati Aqim masih setia kepada Zatul. Adakah itu tanda canta sejati? Ringggg! Bunyi loceng sekolah yang bermaksud waktu pendidikan jasmani.
“Baiklah hari ini kita akan mulakan hari kita dengan regangan. Pelajar perempuan dan pelajar lelaki bahagikan kepada dua kumpulan.” Secara tiba-tiba Zatul pengsan dan rebah ke tanah. Guru-guru yang ada berdekatan bergegas kearah Zatul. Pelajar yang lain juga cuba untuk membangunkan Zatul. Akan tetapi,Zatul masih tidak sedarkan diri. Lalu Ridh mendukung Zatul tanpa izin guru pendidikan jasmaninya. Kemudianya Ridh membawa Zatul ke bilik kaunseling untuk berehat.
            30 minit kemudian Zatul tersedar daripada pengsan. “kat mana aku ni?” Zatul yang dalam keadaan terpinga-pinga setelah sedar dari tidur sedang mencari-cari sesuatu. Apabila dia berpaling ke kiri dia terkejut apabila melihat Ridh tidur atas kerusi untuk menemaninya. “Kau memang kawan yang baik Ridh. Tidak menyesal aku ada hati dekat kau.” Bisik hati kecil Zatul. Ridh terus bangun daripada tidurnya setelah dikejutkan oleh Zatul.
“kau tak apa-apakah Zatul? Masih pening lagi ke? Kau ni risaukan aku tau tak. Aku tak nak sorang lagi kawan baik aku yang aku boleh harapkan meninggalkan aku lagi.” Kata Ridh dalam nada sederhana tinggi. Apabila melihat air muka Zatul berubah kepada lebih murung. “Maafkan aku Zatul,aku tak bermaksud nak buat kau sedih. Aku faham kau tengah sedih atas kematian adik kau. Aku pun turut bersimpati. Tapi kau janganlah nak cuba bunuh diri kau dengan tak makan apa-apa lagi.” Nasihat Ridh kepada Zatul. Zatul terkejut apabila Ridh dapat mengetahui dirinya tidak makan selama tiga hari.
“Ma….ma…macam mana kau dapat tahu aku tak makan apa?” Tanya Zatul dalam keadaan tergagap-gagap. “Zatul,aku dah kenal kau lama dah. Malah, aku kenal kau lebih daripada peminat-peminat kau. Lagipun muka kau pucat dan badan kau tidak bermanya. Jelas kau tidak makan apa-apa. Mak kau pun ada bagi tahu aku yang kau tak makan apa-apa di rumah malah kau berkurung je dalam bilik.” Zatul sungguh terharu akan Ridh kerana telah mengambil berat akan dirinya. Air mata yang besinar dakala pantulan cahaya mentari mengalir ibarat sungai di pipi Zatul. “ Eh Zatul,jangan la nangis.” Pujuk Ridh sambil mengelap air mata Zatul. “Mulai hari ni kau kena happy macam biasa k. aku tak nak kau sedih-sedih dah. Nanti aku pun turut sedih tau tak.” Pujuk Ridh lagi. Senyuman yang manis dan menawan telah mucul dari bibir gadis manis itu.
            Guru kaunseling datang dari pintu masuk biliknya secara tiba-tiba dan membuatkan mereka terkejut. “Selamat pagi cikgu.” “selamat pagi, macam mana keadaan kamu Zatul? Dah okay?” soal guru disiplin dengan prihatinnya. “ saya sudah okay sikit cikgu….” Belum sempat Zatul habiskan ayatnya Ridh sudah memotongnya. “ Cikgu,izinkan saya teman Zatul berehat dekat sini. Sekurang-kurangnya saya boleh ringankan beban cikgu. Cikgu boleh la mengajar kawan-kawan saya di dalam kelas.” Pinta Ridh. Ridh Cuma ingin menjaga kawan baiknya yang sakit. Cikgu faham keadaan mereka lalu guru tersebut meninggalkan mereka di dalam bilik kauseling. Guru tersebut percaya akan Ridh kerana Ridh tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan sebelum ini.
“Ridh, kenapa kau sanggup teman aku? Kan cita-cita kau nak dapat A+1 in SPM, nanti kau akan ketinggalan pelajaran pula.” Jelas Zatul dengan nada yang lemah. Zatul Cuma ingin melihat sejauh manakah sayangnya Ridh terhadapnya. Ridh diam tidak membalas soalan Zatul tersebut. Tiba-tiba Ridh bangun dan meninggalkan Zatul. Zatul amat terkejut dan terkelu lidah dengan tindakan Ridh itu. Secara tiba-tiba air matanya keluar tanpa disedari. Lalu Zatul menutup mukanya dengan bantal yang ada di situ dan menangis tanpa lagu.
            Tiba-tiba Zatul terdengar seperti ada orang membelai rambutnya. Tanpa berfikir panjang Zatul menjerit minta tolong. Lalu belaian itu terhenti dan Zatul kembali diam. Dia membuka matanya perlahan-lahan untuk melihat siapakah gerangan yang membelai rambutnya. Rupa-rupanya Ridh yang membelai rambutnya untuk mengejutkannya. “ Kenapa kau menjerit? Ni aku lah. Ridh.” Kata Ridh sambil mengusap air mata Zatul yang masih tinggal. “Kenapa kau tinggal aku sorang-sorang tadi.” Lalu Zatul menangis kembali. “Aku keluar nak beli roti ad air jelah. Tak kan aku nak tinggalkan kawan baik aku yang comel ni.” Pujuk Ridh sambil mencubit pipi Zatul. “ Nah roti dan air ni, aku beli untuk kau.” Kata Ridh sambil menghulurkan roti dan air kepada Zatul. Zatul mengambil roti dan air itu lalu makan.
            Ridh tergelak kecil melihat gelagat kawan baiknya itu. Seperti budak kecil yang baru mendapat susu apabila menangis. “Kenapa kau gelak Ridh. Aku nangis lagi nanti baru tau.” Kata Zatul apabila melihat Ridh tergelak akannya. “tak ada apa-apalah budak comel. Makan elok-elok tau. Jangan gelojoh. Nanti tercekik.” Pesan Ridh terhadap Zatul. Zatul hanya mengangguk tanda ya. Setelah selesai sahaja Zatul makan roti, mereka terdiam. Masing-masing kelu lidah kerana tidak tahu apa yang mahu ingin borakkan.
“Ridh, kau pergi la ke kelas. Aku okay je kat sini sorang-sorang. Nanti kau terlepas pelajaran pula.” Peril Zatul tapi dalam nada yang lemah. Ridh tidak sedar yang Zatul memperli dirinya. Lalu dia berkata, “ Zatul, dah-dah la kata gitunya. Kau pergi la rehat. Nanti pensan lagi pula.” Selepas Ridh kata sebegitu,Zatul terus rebahkan dirinya atas sofa sekali lagi. Dalam beberapa minit Zatul terus tertidur.
            Ringgggggggg…bunyi loceng yang bertanda waktu pulang. “Zatul,bangun Zatul. Cepat la bangun.” “urmmmm, nape ni Ridh? Tadi suruh aku tidur. Tak sampai sejam pun aku tidur.” Balas Zatul yang asyik menggosok matanya. “ Sejam? Kau tidur dari pukul 10 setengah hingga pukul satu setengah tau tak.” Bebel Ridh. “dah-dah pergi basuh muka nuh. Hari ni aku hantar kau balik. Mak kau tak dapat datang sebab mak kau ada hal lain. Aku tunggu kau dekat motor aku.” Lalu Ridh pergi ke motosikalnya tanpa bersuara. Lalu Zatul pergi ke tandas wanita dan membasuh mukanya.
“Weh,tu Zatul kan?” “ha ah,aku dengar adik dia dah meninggal.” “Ha ah, adik dia meninggal sebab beli buku komik la.” Bisik dua orang junior dari belakang. Mendengar kata-kata mereka, Zatul menjadi sedih lalu berlari keluar dari tandas itu. Ridh yang dari tadi menunggu Zatul di motorsikalnya terkejut melihat kelibat Zatul berlari ke pintu pagar sekolah dengan tangisan. “ Weh Zatul, tunggu!” lalu Ridh hidupkan motorsikalnya lalu pergi mengejar Zatul.
            Setelah dapat pintas Zatul dari hadapan, Ridh mematikan motorsikalnya lalu berlari mendapatkan Zatul. “Zat,Zat. Tunggu dulu Zat. Nape nangis ni?” Tanya Ridh sambil memegang lengan Zatul. Zatul hanya diamkan diri. Hanya tangisannya sahaja yang berbunyi. Ridh terus memeluk Zatul tanpa berkata apa-apa. Meskipun Zatul terkejut dengan perbuatan Ridh, akan tetapi dia rasa dihargai dan tidak menolak Ridh. “Dah,aju taknak kau nangis dah. Kau ingat ni, aku akan cari siapa yang bunuh adik kau. Aku tahu adik kau bukan kemalangan.” Mendengar kata-kata Ridh Zatul menjadi lebih terkejut. Bagaimana dia tahu bahawa adiknya tidak kemalangan tetapi dibunuh? “Ridh macam mana kau…” belum sempat Zatul habiskan ayatnya Ridh sudah bersuara. “aku tahu la, tapi sekarang aku nak kau senyum okay. Nanti kalau aku dah dapat tahu siapa yang bunuh nanti baru aku bagi cerita kat kau okay.” Mendengar kata-kata Ridh itu menyebabkan Zatul terharu. Lalu Ridh menarik Zatul dan membawa Zatul pulang ke rumahnya.

            Setelah selesai sahaja Ridh menghantar Zatul pulang ke rumahnya, Ridh terus pulang kerumahnya sendiri untuk berehat. Dalam perjalanan pulang ke rumah,Ridh berhenti di kedai komik yang selalu disinggah oleh Zack. “Aku dah janji dengan Zatul untuk menyiasat tentang adiknya itu. So aku mesti lakukan sesuatu.” Bisik hati Ridh.