Monday 18 August 2014

VOL1
Bab 4:Penyiasatan bermula
            Setelah balik dari kelas tambahan dari sekolahnya, Ridh terus baring atas katilnya sambil mengeluh panjang. Dia rasa lemah semangat kerana Zatul tidak hadir kelas tambahan hari ini. Ridh ingin menelefonnya tapi takut dikata ganggu pula. Tiba-tiba Ridh terfikir kejadian petang tadi, air muka Afiq yang berubah serta merta apabila berbicara tentang adik Zatul.” Mesti ada yang tak kena ni. Aku rasa mesti Afiq ada kaitan dengan kematian Zack ni.” Lalu Ridh bangun dan periksa jadual kelas tambahannya. Nasib menyebelahinya sebab esok tiada kelas tambahan petang. Itu bermakna Ridh dapat menyiasat tentang kematian Zack.
            Keesokan paginya selepas balik sekolah, Ridh terus ke kedai buku komik yang selalu disinggah oleh Zack. Setelah sampai,dia ternampak Afiq baru keluar dari kedai itu. Setelah Afiq meninggalkan kedai itu, Ridh terus memasuki kedai tersebut. “Maafkan saya cik,lelaki tadi beli buku apa ya?” Tanya Ridh terhadap jurutunai tersebut.’ Lelaki tadi beli buku ‘The Skull Man’. Kenapa? Adik pun nak beli juga ke?” Tanya jurutunai itu sambil menunjukkan komik tersebut.” Eh tidak lah, lelaki itu selalu beli buku ‘Wira Perdana’ tak?” Tanya Ridh sambil menjenguk-jenguk kearah komik lain yang ada di meja kaunter tersebut.” Ada, malah dia selalu beli setiap episode yang keluar. Kecuali episode terakhir. Dia terlambat, dia datang selepas sahaja buku di jual kepada seorang budak sebaya 14 tahun begitu.” Dalam hati Ridh sudah tahu bahawa budak yang jurutunai ni cakap ialah Zack. Kemudia Ridh terus beredar tanpa bersuara.
“Assalamualaikum Afiq, kau kat mana ni? Aku hajat nak datang rumah kau.” “ Waalaikummussalam, Ridh rupanya. Aku dekat rumah ni. Datang lah.” Selepas meminta izin daripada tuan punya rumah untuk datang ‘melawat’, terus Ridh pecut dengan motorsikalnya selaju yang mungkin. Setelah sampai dirumah Afiq. Dia terkejut kerana melihat motorsikal yang pernah  ingin terlanggar dengannya ialah kepunyaan Afiq.” Hah Ridh, kau dah sampai. Jemput la masuk.” Pelawa Afiq yang tidak tahu apa-apa tentang hajat Ridh datang ke rumahnya.
“Aku datang saja-saja je ni nak lawat kau. Maklum lah sudah lama kau pindah sekolah dan tidak bertemu dengan aku. Aishhh rasa macam terkejut je bila jumpa kau ary tu.” Kata Ridh kepada Afiq.” Aku pindah sekolah dulu sebab aku kena jaga nenek aku kat kampung. Bila nenek aku sudah sihat aku hajat nak pindah kat sekolah kita tu balik tapi sudah penuh. Sebab tu la aku masuk sekolah lain.” Terang Afiq kepada Ridh. Mereka berbual dengan rancak sekali. Kemudian Afiq bangun untuk ke tandas. Apabila Afiq ke tandas, Ridh terus mencari komik ‘Wira Perdana’ episode akhir. Akan tetapi dia tidak menjumpainya. “Kau cari apa tu Ridh?” soal Afiq setelah melihat Ridh membelek-belek komiknya.” Aku mencari komik ‘Wira Perdana’  tak? “  “ Ada. Kejap ya.” “Kau nak episode berapa Ridh? Aku ada semua episode.” Setelah menedengar kata-kata Afiq. Jelas terbuktilah bahawa dial ah pemubunuh Zack. Akan tetapi macam mana dia nak buktikan kepada polis?
“Oi, termenung apa.” Tanya Afiq sambil menepuk bahu Ridh.” Eh-eh tak ada apa la. Weh aku kena gerak dulu. Aku ada hal.” “Komik ni pulak?” Tanya Afiq sambil mengangkat komik ‘Wira Perdana’ . “ Tak apa la bro, lain kali lah.” Terus Ridh memecut ke rumahnya.
“Macam mana ni. Kawan baik aku adalah pembunuh kepada kawan baik aku. Macam mana ni?” Ridh ke hulu kehilir banyak kali. Kemudian dia baring atas katil lalu terlena.” Along…” terus Ridh terjaga apabila adiknya melompak kearahnya.” Kenapa dik?” Tanya Ridh sambil menggosok matanya.” Along, mak panggil.” Terus adiknya beredar dari situ. Lalu Ridh keluar dari biliknya dan menuju kearah ibunya.
“Kenapa mak? Mak nak along tolong apa-apa ke?”  “ Meh tolong mak masak.” Terus Ridh pergi bersebelahan ibunya lalu memotong bawang. Ketika Ridh asyik termenung akan sahabatnya itu, tiba-tiba Ridh terhiris jarinya sendiri.” Aduh! Aishhh, macam mana boleh kena ni.” Rungut Ridh sambil menghisap jarinya yang sakit itu.” Apa yang along termenung tadi,kan dah terpotong jari tu.” Rungut mak Ridh sambil mencuci luka di jari Ridh.” Tak ada apa-apa lah mak. Oh mak saya nak tanya. Kalau mak jadi poliskan, dan mak dah tahu siapa penjenayahnya kan tapi mak tak ada bukti. Apa mak akan buat?” tanya Ridh kepada ibunya.” Penjenayah ini ibarat ular. Kalau kita nak tangkap ular,kita kena paksa ia keluar.” Ridh hanya terangguk-angguk tanda dia faham apa yang disampaikan oleh ibunya.
            Setelah selesai menolong ibunya di dapur, Ridh terus ke biliknya lalu baring atas katilnya.” Ada betul gak cakap mak tadi. Ular itu sejenis haiwan yang cerdik dan lincah tapi pandai menyorok. Kalau nak paksa ia keluar mesti ada strategi.. tapi ‘ular’ yang aku nak paksa ia keluar ni bukan jenis ular yang biasa. ‘ular’ ni ada akalnya sendiri. Aku kena rancang betul-betul.” Setelah Ridh selesai bercakap sendirian dalam biliknya, terus Ridh bangun dan menuju ke meja belajarnya. Ridh keluarkan sebatang pen yang bewarna hitam dan sehelai kertas. Kemudia Ridh keluarkan computer ribanya dan mencari maklumat tentang kes pembunuhan yang dapat diselesaikan. Setelah lama Ridh mengkaji,lalu Ridh tertidur atas computer ribanya itu.
‘Ringgggggggggggggggggggggggg’ bunyi jam loceng Ridh berbunyi. Lalu Ridh bangun dari tidurnya.” Ishh, macam mana aku boleh tertidur ni?” Soal Ridh dengan dirinya sendiri. Secara tiba-tiba,dia terlihat pada skrin computer ribanya itu dengan penuh keyakinan.” Selepas semalaman aku kaji pasal ni, rupa-rupanya semua penyiasat dan polis menggunakan cara yang sama untuk memerangkap penjenayah.” Senyuman yang menakutkan terukir pada mulut Ridh. Dengan cara itu,Ridh dapat membongkarkan segalanya.” Oiiii,aku dah lewat ni.” Terus Ridh bergegas bersiap dan terus ke sekolah.
            Hari ini juga Zatul masih tidak hadir ke sekolah. Setelah bunyi loceng sekolah yang menandakan waktu rehat,Ridh terus ke kantin untuk membeli makanan. Setelah membeli makanan Ridh terus duduk di tempat duduk yang hujung sekali. Tempat itu biasanya tempat Ridh dan Zatul melepak sekali. ” Assalamualaikum.” Ridh terus berpaling ke belakang setelah mendengar salam dari suara yang garau dari belakangnya.” Waalaikumuusalam,eh Aqim. Duduk lah. “ pelawa Ridh kepada Aqim yang sedang memegang sepinggan mee goreng dan secawan air sirap.” Mana Zatul? Bukan ke kau selalu lepak dengan dia kat sini?” soal Aqim pula.” Dia tak datang hari ni. Mungkin dia sedih lagi kot tentang kematian adik dia tu. Cakap tentang adik dia tu, aku rasa aku dah tahu siapa yang bunuh adik Zatul tu.” Tersembur makanan dari mulut Aqim apabila Ridh berbicara seperti itu.” Kau ni nak bergurau agak-agak la. Polis dah bagi tahukan dulu yang adik Zatul tu kemalangan bukan kena bunuh. By the way, kau tahu darimana yang adik Zatul tu kena bunuh? Siapa yang bagi tahu kau?” soal Aqim yang penuh kehairanan.” Tak ada sesiapa yang bagi tahu aku. Aku selidik sendiri. And now,aku rasa aku tahu siapa gerangan pembunuh tu tapi aku perlukan idea macam mana nak perangkap dia tu supaya mengaku.” “Errr aku pun tak tahu. Siapa pembunuhnya?” Tanya Aqim dengan nada yang ingin tahu.” Aku boleh bagi tahu kau. Tapi kau jangan bagi tahu sesiapa ok, terutama Zatul.” “Okay bro,no hal.” Lalu Ridh bisikkan nama pembunuh tersebut kepada Aqim. Terus riak muka Aqim berubah dengan serta merta.” Kau biar betul Ridh. Aku macam tak percaya.” “Betul,aku tak tipu.” Lalu Ridh menceritakan segalanya kepada Aqim. Aqim hanya mendengar dengan teliti.
            Sudah tiga hari berlalu dan Ridh masih lagi menyiasat tentang kematian Zack secara senyap-senyap. Keluarganya tidak tahu tentang penyiasatan yang dilakukan oleh Ridh. Tepat pukul 12 tengah hari,Ridh baru pulang dari sekolahnya. Di sekolahnya terdapat program bina insan. Di sebabkan itulah Ridh dibenarkan pulang lebih awal daripada biasa. Ridh duduk di atas sofanya lalu membuka televisyennya. Apa yang ada pukul 12 tengah hari? Yang ada hanyalah berita. Ridh lalu bangun kerana ingin beredar daripada tempat itu. Secara tiba-tiba, Ridh mendengar berita tentang kematian seorang remaja. Berita itu menarik minat Ridh, lalu Ridh melabuhkan punggungnya ke sofa semula.
“Tu macam Afiq je dalam berita ni?” soal Ridh dalam hatinya. Lalu Ridh teliti gambar si mati itu dengan lebih dekat dari luar televisyen. Tiba-tiba,pemberita itu menyebutkan nama yang Ridh kenal dan membuatkan Ridh amat terkejut. Si mati tersebut ialah pembunuh kepada adik Zatul,Zack.
            Lalu Ridh bangun dan bergegas mencapai telefon bimbitnya.” Hello! Zatul, kau ada tengok berita tak.” “Ada,tak sangka kawan kita dah matikan.” Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zatul itu membuatkan Ridh menjadi bertambah bingung.” Apa yang dah jadi? Siapa bunuh Afiq? Tak kan Zatul pula? Zatul tak tahu yang Afiq lah yang bunuh Zack. Arghhhhh apa yang berlaku ni!” soal Ridh dalam hatinya. Lalu taliannya tiba-tiba terputus. Ridh cuba untuk menelefon Zatul kembali akan tetapi taliannya selalu terputus.
“Along,kawan along mati dah ke?” terkejut Ridh dibuatnya apabila Raudah menegurnya dari belakang.” Ha ah,dia kawan along tau adik. Along tak tahu macam mana dia boleh meninggal.” Balas Ridh kepada adiknya.” Mungkin dia ada bunuh orang kot, sebab tu ada orang bunuh dia.” Mendengar kata-kata itu membuatkan Ridh kaku sementara. Ada betul juga apa yang diperkatakan oleh adiknya itu. Walaupun umur adiknya masih kecil tapi mulutnya yang petah sering membuat orang lain tergelak. Akan tetapi kali ini, mulut Raudah yang petah itu membuatkan Ridh kebingungan yang agak melampau.
            Ridh terus ke biliknya lalu menguncikan dirinya di dalam bilik.

No comments:

Post a Comment