Thursday 7 August 2014

vol 1
Bab 2: Gadis Yang Sepi
            Sudah tiga hari berlalu selepas kematian Zack. Perubahan terhadap Zatul jelas kelihatan. Gadis yang ceria dan penuhi harinya dengan senyuman yang menawan kini menjadi gadis yang pendiam dan tidak bergaul lagi. Para peminatnya sudah berkurangan akan tetapi hati Aqim masih setia kepada Zatul. Adakah itu tanda canta sejati? Ringggg! Bunyi loceng sekolah yang bermaksud waktu pendidikan jasmani.
“Baiklah hari ini kita akan mulakan hari kita dengan regangan. Pelajar perempuan dan pelajar lelaki bahagikan kepada dua kumpulan.” Secara tiba-tiba Zatul pengsan dan rebah ke tanah. Guru-guru yang ada berdekatan bergegas kearah Zatul. Pelajar yang lain juga cuba untuk membangunkan Zatul. Akan tetapi,Zatul masih tidak sedarkan diri. Lalu Ridh mendukung Zatul tanpa izin guru pendidikan jasmaninya. Kemudianya Ridh membawa Zatul ke bilik kaunseling untuk berehat.
            30 minit kemudian Zatul tersedar daripada pengsan. “kat mana aku ni?” Zatul yang dalam keadaan terpinga-pinga setelah sedar dari tidur sedang mencari-cari sesuatu. Apabila dia berpaling ke kiri dia terkejut apabila melihat Ridh tidur atas kerusi untuk menemaninya. “Kau memang kawan yang baik Ridh. Tidak menyesal aku ada hati dekat kau.” Bisik hati kecil Zatul. Ridh terus bangun daripada tidurnya setelah dikejutkan oleh Zatul.
“kau tak apa-apakah Zatul? Masih pening lagi ke? Kau ni risaukan aku tau tak. Aku tak nak sorang lagi kawan baik aku yang aku boleh harapkan meninggalkan aku lagi.” Kata Ridh dalam nada sederhana tinggi. Apabila melihat air muka Zatul berubah kepada lebih murung. “Maafkan aku Zatul,aku tak bermaksud nak buat kau sedih. Aku faham kau tengah sedih atas kematian adik kau. Aku pun turut bersimpati. Tapi kau janganlah nak cuba bunuh diri kau dengan tak makan apa-apa lagi.” Nasihat Ridh kepada Zatul. Zatul terkejut apabila Ridh dapat mengetahui dirinya tidak makan selama tiga hari.
“Ma….ma…macam mana kau dapat tahu aku tak makan apa?” Tanya Zatul dalam keadaan tergagap-gagap. “Zatul,aku dah kenal kau lama dah. Malah, aku kenal kau lebih daripada peminat-peminat kau. Lagipun muka kau pucat dan badan kau tidak bermanya. Jelas kau tidak makan apa-apa. Mak kau pun ada bagi tahu aku yang kau tak makan apa-apa di rumah malah kau berkurung je dalam bilik.” Zatul sungguh terharu akan Ridh kerana telah mengambil berat akan dirinya. Air mata yang besinar dakala pantulan cahaya mentari mengalir ibarat sungai di pipi Zatul. “ Eh Zatul,jangan la nangis.” Pujuk Ridh sambil mengelap air mata Zatul. “Mulai hari ni kau kena happy macam biasa k. aku tak nak kau sedih-sedih dah. Nanti aku pun turut sedih tau tak.” Pujuk Ridh lagi. Senyuman yang manis dan menawan telah mucul dari bibir gadis manis itu.
            Guru kaunseling datang dari pintu masuk biliknya secara tiba-tiba dan membuatkan mereka terkejut. “Selamat pagi cikgu.” “selamat pagi, macam mana keadaan kamu Zatul? Dah okay?” soal guru disiplin dengan prihatinnya. “ saya sudah okay sikit cikgu….” Belum sempat Zatul habiskan ayatnya Ridh sudah memotongnya. “ Cikgu,izinkan saya teman Zatul berehat dekat sini. Sekurang-kurangnya saya boleh ringankan beban cikgu. Cikgu boleh la mengajar kawan-kawan saya di dalam kelas.” Pinta Ridh. Ridh Cuma ingin menjaga kawan baiknya yang sakit. Cikgu faham keadaan mereka lalu guru tersebut meninggalkan mereka di dalam bilik kauseling. Guru tersebut percaya akan Ridh kerana Ridh tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan sebelum ini.
“Ridh, kenapa kau sanggup teman aku? Kan cita-cita kau nak dapat A+1 in SPM, nanti kau akan ketinggalan pelajaran pula.” Jelas Zatul dengan nada yang lemah. Zatul Cuma ingin melihat sejauh manakah sayangnya Ridh terhadapnya. Ridh diam tidak membalas soalan Zatul tersebut. Tiba-tiba Ridh bangun dan meninggalkan Zatul. Zatul amat terkejut dan terkelu lidah dengan tindakan Ridh itu. Secara tiba-tiba air matanya keluar tanpa disedari. Lalu Zatul menutup mukanya dengan bantal yang ada di situ dan menangis tanpa lagu.
            Tiba-tiba Zatul terdengar seperti ada orang membelai rambutnya. Tanpa berfikir panjang Zatul menjerit minta tolong. Lalu belaian itu terhenti dan Zatul kembali diam. Dia membuka matanya perlahan-lahan untuk melihat siapakah gerangan yang membelai rambutnya. Rupa-rupanya Ridh yang membelai rambutnya untuk mengejutkannya. “ Kenapa kau menjerit? Ni aku lah. Ridh.” Kata Ridh sambil mengusap air mata Zatul yang masih tinggal. “Kenapa kau tinggal aku sorang-sorang tadi.” Lalu Zatul menangis kembali. “Aku keluar nak beli roti ad air jelah. Tak kan aku nak tinggalkan kawan baik aku yang comel ni.” Pujuk Ridh sambil mencubit pipi Zatul. “ Nah roti dan air ni, aku beli untuk kau.” Kata Ridh sambil menghulurkan roti dan air kepada Zatul. Zatul mengambil roti dan air itu lalu makan.
            Ridh tergelak kecil melihat gelagat kawan baiknya itu. Seperti budak kecil yang baru mendapat susu apabila menangis. “Kenapa kau gelak Ridh. Aku nangis lagi nanti baru tau.” Kata Zatul apabila melihat Ridh tergelak akannya. “tak ada apa-apalah budak comel. Makan elok-elok tau. Jangan gelojoh. Nanti tercekik.” Pesan Ridh terhadap Zatul. Zatul hanya mengangguk tanda ya. Setelah selesai sahaja Zatul makan roti, mereka terdiam. Masing-masing kelu lidah kerana tidak tahu apa yang mahu ingin borakkan.
“Ridh, kau pergi la ke kelas. Aku okay je kat sini sorang-sorang. Nanti kau terlepas pelajaran pula.” Peril Zatul tapi dalam nada yang lemah. Ridh tidak sedar yang Zatul memperli dirinya. Lalu dia berkata, “ Zatul, dah-dah la kata gitunya. Kau pergi la rehat. Nanti pensan lagi pula.” Selepas Ridh kata sebegitu,Zatul terus rebahkan dirinya atas sofa sekali lagi. Dalam beberapa minit Zatul terus tertidur.
            Ringgggggggg…bunyi loceng yang bertanda waktu pulang. “Zatul,bangun Zatul. Cepat la bangun.” “urmmmm, nape ni Ridh? Tadi suruh aku tidur. Tak sampai sejam pun aku tidur.” Balas Zatul yang asyik menggosok matanya. “ Sejam? Kau tidur dari pukul 10 setengah hingga pukul satu setengah tau tak.” Bebel Ridh. “dah-dah pergi basuh muka nuh. Hari ni aku hantar kau balik. Mak kau tak dapat datang sebab mak kau ada hal lain. Aku tunggu kau dekat motor aku.” Lalu Ridh pergi ke motosikalnya tanpa bersuara. Lalu Zatul pergi ke tandas wanita dan membasuh mukanya.
“Weh,tu Zatul kan?” “ha ah,aku dengar adik dia dah meninggal.” “Ha ah, adik dia meninggal sebab beli buku komik la.” Bisik dua orang junior dari belakang. Mendengar kata-kata mereka, Zatul menjadi sedih lalu berlari keluar dari tandas itu. Ridh yang dari tadi menunggu Zatul di motorsikalnya terkejut melihat kelibat Zatul berlari ke pintu pagar sekolah dengan tangisan. “ Weh Zatul, tunggu!” lalu Ridh hidupkan motorsikalnya lalu pergi mengejar Zatul.
            Setelah dapat pintas Zatul dari hadapan, Ridh mematikan motorsikalnya lalu berlari mendapatkan Zatul. “Zat,Zat. Tunggu dulu Zat. Nape nangis ni?” Tanya Ridh sambil memegang lengan Zatul. Zatul hanya diamkan diri. Hanya tangisannya sahaja yang berbunyi. Ridh terus memeluk Zatul tanpa berkata apa-apa. Meskipun Zatul terkejut dengan perbuatan Ridh, akan tetapi dia rasa dihargai dan tidak menolak Ridh. “Dah,aju taknak kau nangis dah. Kau ingat ni, aku akan cari siapa yang bunuh adik kau. Aku tahu adik kau bukan kemalangan.” Mendengar kata-kata Ridh Zatul menjadi lebih terkejut. Bagaimana dia tahu bahawa adiknya tidak kemalangan tetapi dibunuh? “Ridh macam mana kau…” belum sempat Zatul habiskan ayatnya Ridh sudah bersuara. “aku tahu la, tapi sekarang aku nak kau senyum okay. Nanti kalau aku dah dapat tahu siapa yang bunuh nanti baru aku bagi cerita kat kau okay.” Mendengar kata-kata Ridh itu menyebabkan Zatul terharu. Lalu Ridh menarik Zatul dan membawa Zatul pulang ke rumahnya.

            Setelah selesai sahaja Ridh menghantar Zatul pulang ke rumahnya, Ridh terus pulang kerumahnya sendiri untuk berehat. Dalam perjalanan pulang ke rumah,Ridh berhenti di kedai komik yang selalu disinggah oleh Zack. “Aku dah janji dengan Zatul untuk menyiasat tentang adiknya itu. So aku mesti lakukan sesuatu.” Bisik hati Ridh.

No comments:

Post a Comment