Friday 5 September 2014

VOL 1
Bab 6: Kertas bertulis
            Jam menunjukkan menunjukkan tepat pukul 7 pagi. Ridh berjogging ke Bandar untuk memulakan hari dengan pergerakan yang banyak. Ketika Ridh melalui satu lorong,dia terdengar bunyi suara wanita yang sedang menahan kesakitan. Ridh cuba mencari darimana bunyi itu datang. Lalu Ridh terpandang sebuah kereta.” aku rasa bunyi tu datang dari kereta tu.” Bisik hati Ridh sambil memandang kereta Hilux yang berwarna hitam dengan tajam. Ridh mengahampiri kereta itu,semakin dekat semakin kuat bunyi itu. Ridh cuba memberanikan diri untuk melihat apa yang ada di bahagian belakang kereta Hilux itu.
“Eh Lia,apa awak buat disini?” tanya Ridh apabila dia melihat Lia yang berada dalam kereta itu.” Ridh,tolong saya. Kaki saya terseliuh.” Balas Lia akan tetapi Lia masih lagi tidak menjawab soalan Ridh. Lalu Ridh membuka pintu belakang kereta itu lalu mengangkat Lia ke kerusi di kedai yang berhampiran.” Kena apa kaki awak ni?” tanya Ridh sekali lagi dengan soalan yang berbeza.” Begini ceritanya,masa saya jog tadi, ada seekor anjing kejar saya. Saya lari lah sekuat hati sampai terseliuh kaki saya. Pastu saya ternampak hilux tak ada orang. Saya pun pergi ke hilux tu and terus menyorok kat situ. Sakit tau kaki saya ni.” Jelas Lia kepada Ridh.
“Panjang juga cerita awak tu.” Gurau Ridh terhadap Lia.” Eiii awak ni,saya serius ni. Sakit tau.” Ridh tergelak melihat rengetan Lia itu. Comel sangat.” meh saya ubatkan awak okay.” Jawab Ridh sambil tersenyum. Lalu Ridh mengeluarkan sapu tangan dari poketnya dan ikat bahagian yang terseliuh itu.” Awak mesti sejukkan?” tanya Ridh kepada Lia.
“Yup,sejuk sangat-sangat.” jawab Lia.
            Lalu Ridh menanggalkan baju sejuknya.” Nah!” kata Ridh sambil menghulurkan baju sejuknya kepada Lia.” Kenapa ni Ridh?” tanya Lia sambil menggosok kakinya itu.” Pakailah, nanti awak kesejukan pula.” Kata Ridh dengan senyuman.” Tapi nanti awak sejuk.” Balas Lia dengan Ringkas.” Saya taka pa,awak tu yang penting.” Kata Ridh lagi.” Tapi….” Belum habis lagi Lia berkata,Ridh dah tutup mulut Lia dengan jarinya. Lalu Lia terdiam dan memakai baju yang diberikan oleh Ridh.
“Baik juga Ridh ni,untung siapa yang dapat dia.” Bisik hati Lia.
            Angauan Lia terhenti apabila Ridh mencubit hidungnya dengan manja.” Awak termenung kat siapa tu? Dekat pakwe ya.” Usik Ridh.” Mana ada lah,saya terharu je sebab awak sanggup bersejuk kerana saya.” Balas Lia. Muka Ridh menjadi merah,lalu Ridh memandang kearah berlainan dan berkata “ jom la saya hantar awak ke rumah awak,lagi pun motorsikal saya dah tak jauh dari sini.” Lia tergelak kecil apabila melihat muka Ridh yang merah padam itu.
“Dah,dah la gelak tu. Jom la saya bawa awak pulang.” Ajak Ridh sekali lagi.
“Okay,okay. Jom,jom.” Balas Lia dengan pendek.
            Baru satu langkah Lia merasakan kakinya sakit kembali, Ridh yang Nampak Lia yang hampir jatuh terus menyambutnya. Lia menjadi kaku dengan situasi tersebut. Mata bertentang mata,hatinya mula berdegup kencang dan nafasnya mula berat.
“Awak tak apa-apa?” tanya Ridh dengan Ringkas.
            Lalu Lia tersedar dari lamunannya sekali lagi. Lalu mereka menuju ke motorsikal Ridh dengan perlahan kerana Ridh dikehendaki memapah Lia yang sedang sakit. Lalu Ridh menghantar Lia pulang dengan laju. Setelah sampai sahaja di hadapan rumah Lia,Lia turun dengan perlahan-lahan.” Terima kasih ya Ridh sebab dah hantar saya pulang.” Kata Lia sambil melontarkan senyuman yang manis.” Sama-sama,awak simpan lah baju saya tu. Mana tahu satu hari nanti awak perlukannya ke.” Kata Ridh. Lalu Ridh memecut laju motorsikalnya dengan laju pulang ke rumah.
            Sesampai sahaja Ridh halaman rumahnya,dia terlihat ada sebuah motorsikal yang agak mirip dengan motorsikan Afiq.” Ni motor siapa? Maybe keluarga Afiq kot.” Kata Ridh dalam keadaan separuh terkejut. Ridh mulakan langkahnya ke dalam rumahnya dengan kaki kanan,seperti biasa adiknya yang comel itu akan menerkamnya dengan laju.” Awalnya adik along ni bangun. Adik dah makan.” Tanya Ridh kepada adiknya yang comel itu.” Dah,along ada kawan along kat dapur tu. Dia kata nak cakap sesuatu dengan along.” Kata Raudah sambil memandang mata Ridh. Lalu Ridh mendukung adiknya yang comel itu dan bawanya ke dapur.
“Assalamualaikum mak, along dah ba…” kata-kata Ridh terhenti seketika apabila melihat rakan sekelasnya,Aqim yang berada di situ, bukannya salah seorang keluarga Afiq.” Waalaikumussalam, hah Ridh kau dah sampai. Lama aku tunggu kau tau tak, aku nak bincang something dengan kau ni.” Kata Aqim. Lalu Ridh meletakkan adiknya ke bawah  secara perlahan-lahan.” Kita berborak di ruangtamu lah. Tak elok berborak dekat dapur ni. Nanti apa kata mak aku pulak.” Kata Ridh kepada Aqim sambil menundingkan jara ke arah ruang tamu.
            Samapi sahaja di ruangtamu,Ridh dan Aqim melabuhkan punggung mereka ke atas sofa.” Hah Aqim,apa yang hang nak bincang ngan aku ni? Macam penting je sampai datang rumah aku bagai.” Kata Ridh dengan nada yang serius.” Kau tengok ni.” Balas Aqim sambil member sehelai kertas kecil yang berukuran sehelai kertas dari buku 555 kepada Ridh.” Kertas apa ni?” tanya Ridh sambil membaca nota tersebut.” Kalau aku tahu,buat apa aku datang sini.” Balas Aqim.” Lagi pun aku jumpa nota tu depan rumah aku semasa aku buka pintu rumah aku pagi tadi. Masa tu aku baru je nak basuh motor sebab racing semalam. Tengok-tengok ada kertas dekat depan pintu. Aku pelik lah, so aku bawa la kertas ni kat kau sebab aku rasa nota ni mungkin ada jawapan bagi persoalan kau.” Kata Aqim lagi. Ridh mendengar penjelasan Aqim itu tadi dengan teliti.
“By the way aku ada kerja ni, aku kena gerak dulu.” Kata Aqim sambil bangun daripada sofa itu.” Okay la kalau gitu. Biar aku simpan dulu nota ni,kalau ada apa-apa aku call kau, okay.” “okay je.” Balas Aqim apabila mendengar kata-kata Ridh sebentar tadi.”baru teringat, tu motor kau ke?” tanya Ridh sambil menunding jari kearah motor itu.” Yup,kenapa?” “Tak ada apa lah.” Lalu Aqim berlalu pergi dan hilang sekelip mata.

No comments:

Post a Comment