Friday 5 September 2014

VOL 1Bab 8: Misteri Terungkai
            Tepat pukul lima petang Aqim sampai di dalam dewan seperti yang dijanjikan.” Mana minah ni? Kata nak jumpa aku, tapi sampai sekarang tak Nampak bayang pun?” kata Aqim sambil berdiri di tengah-tengah dewan.
‘Doommm’ bunyi pintu ditutup dengan kuat.” Apa hal pula denga pintu ni?” kata Aqim seorang diri.” Pandai kau kan, cuba nak tutup jenayah kau dengan buat tu semua macam kemalangan. Kemudian cuba perangkap orang lain atas kesalahan diri sendiri.” alangkah terkejutnya Aqim apabila mendengar kata-kata itu.” Siapa kau? Kau jangan cuba nak fitnah aku!!” jerik Aqim sekuat-kuat hatinya.
            Tiba-tiba ada satu cahaya lampu yang difokuskan kepada seseorang berbaju serba hitam dan menutup mukanya dengan topi yang dipegang ditangan.” Fitnah? Ini bukan fitnah atau cerita rekaan. Tapi hasil siasatan. Nota yang bertulis ‘Api yang marak tidak perlu membara lagi’ memang sukar di fahami kerana nota itu bukannya apa-apa. Nota itu hanya untuk mengelirukan siasatan aku je.” Kata lelaki serba hitam tu lagi.
“Siapa kau hah tak guna!” jerit Aqim terhadap lelaki itu.
            Lalu perlahan-lahan lelaki itu mengalihkan topi itu dari mukannya. Alangkah terkejut apabila Aqim dapat melihat wajah di sebalik topi itu.
“Ri..Ri..Ridh..? kau rupanya?” kata Aqim sambil mulutnya tergagap-gagap. Perlahan-lahan Ridh menuruni tangga.
“Mula-mula kau langgar Zack di depan kedai komik, kau tahu yang Zack akan beli komik kat situ setiap bulan..” belum habis lagi Ridh bercakap Aqim sudah memotongnya.” Kau tahu dari mana tu motor aku? Bukan ke hari tu kau kata Afiq yang bunuh dia?” “ Sebab tu aku kata kau bijak, kau tahu yang Afiq seorang penggemar komik, sebab tu la kau ambil komik tu dan berikan kepada Afiq. Motor tu pula Afiq pinjam dari kau sebab motor dia rosak. Kau dah kenal Afiq sejak lama lagi betul tak sebab Afiq tu kan sepupu kau.”
            Kebenaran yang mengejutkan yang mengakibatkan Aqim terkaku.” Tapi ma..ma..macam mana kau tahu?” tanya Aqim sambil tergagap-gagap.” Senang je, aku tanya atok kau and tanya semuanya.”” Kau bunuh Zack sebab kau sakit hati kerana dibuang daripada pasukan bola sepak. Sedangkan kau memang minat bola sepak. Disebabkan kau tak boleh tahan geram kau,sebab tu kau bunuh dia kan.” Jelas Ridh dengan lebih terperinci lagi.
“Kau tak ada bukti. Kau tak ada bukti. Kau tak ada bukti!!” jerik Aqim  yang mana badannya menjadi kaku seperti batu.
“Ohh,kau nak bukti? Jap ya.” Lalu Ridh memetik jarinya,tiba-tiba pintu dewan itu terbuka dan terdapat dua orang ahli forensik mengiringi motorsikalnya.” Kau nak buat apa dengan motor aku ni hah.” Kata Aqim sambil menarik tangan ahli forensik itu daripada motorsikalnya.
“Kau nak bukti,kau tunggu je lah.” Kata Ridh lagi. Lalu Ahli forensik itu memberhentikan motorsikal itu di hadapan Ridh. Ahli forensik tersebut menyembur sejenis cecair terhadap bahagian enjin motorsikalnya. Tiba-tiba terlihat beberapa tompokan yang bercahaya berwarna unggu di bahagian yang di sembur oleh ahli forensik tersebut.
“Asal motor aku ada dot-dot unggu ni? Kau sembur apa kat motor aku hah?” tanya Aqim sambil mencekak kolar salah seorang ahli forensik. Ahli forensik yang lain hanya dapat menahan Aqim daripada menumbuk ahli forensik yang dipegang tadi.
“Itu darah.” Kedengaran suara perempuan yang biasa didengari oleh telinga Aqim.” Itu darah daripada percikan adik aku. Betul tak?” terkejut Aqim dibuatnya apabila melihat Zatul yang sedang mengalirkan air mata berkata begitu.
“Kau dah tak boleh berkata apa-apa sekarang ini. Bukti dah jelas. Selepas kau bunuh Zack,kau bagi Afiq pinjam motor kau ni sebab kau tahu yang aku sedang siasat tentang kes adik Zatul. Sebab tu kau nak jadikan dia sebagai pesalah. Tapi selepas aku cakap yang aku nak selidik Afiq dengan lebih lagi,ka uterus bunuh dia sebab kau tak nak dia pecahkan rahsia kau kan?” jelas Ridh dengan sejelas-jelasnya.
            Setelah mendengar penjelasan dari Ridh itu tadi,Aqim terduduk akibat tidak dapat mempertahankan dirinya lagi. Buktinya terlalu kukuh. Beberapa minit kemuan polis sampai dan menangkap Aqim untuk dibawa ke balai. Ridh berjalan secara perlahan-lahan kea rah Zatul dan mengeluarkan sehelai sapu tangan berwarna putih. Lalu Ridh mengelap air mata Zatul yang menitis itu tadi.” Aku nak kau kuatkan semangat okay. Aku dah kotakan janji aku.” Lalu Zatul memeluk tubuh Ridh dengan erat.” Terima kasih Ridh,kau lah kawan baik aku.” Kata Zatul sambil memandang mata Ridh. Lalu Ridh meleraikan pelukan tersebut dan berkata.” Kau kawan aku. Aku tangan biarkan kawan aku merana. Ingat tu. Dah jom balik.” Balas Ridh.
            Sehari selepas itu,Ridh diberi penganugerahan kerana dapat menyelesaikan kes yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Ridh kini dilabelkan sebagai penyiasat remaja. Sekarang Zatul dah dapat menerima hakikat bahawa walaupun adiknya sudah tiada,dia kenalah sentiasa bersemangat dan ceria untuk teruskan kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment