Friday 5 September 2014

VOL 1
Bab 7: Nota Itu Bukti
            Ridh bersengkang mata sepanjang malam hanya untuk mengkaji nota yang diberikan kepada Ridh. Ridh mencari jawapannya dalam laman sesawang,akan tetapi masih tidak menjumpai apa-apa.’ Api yang marak sudah tidak perlu membara lagi’ adalah isi kadungan yang tertulis pada kedua-dua kertas tersebut.
“Apa yang aku nak cari lagi kat computer aku ni? Semua carian aku macam tak berguna je.” Bebel Ridh.” Dah la aku give up je lah!” tengking Ridh sambil membaling nota-nota itu ke lantai. Lalu Ridh mengangkat punggungnya dan pergi ke katil sebelum dia melabuhkan punggungnya ke atas katil,Ridh terpandang buku nota Kimia milik Aqim. Ridh membelek-belek buku milik Aqim itu. Tiba-tiba Ridh terbuka satu muka surat yang telah dikoyakkan menggunakan pembaris. Kemudain Ridh memandang kea rah lantai biliknya yang mana ada nota-nota yang dibalingnya tadi.
            Ridh mengambil nota itu dan padankan dengan koyakkan yang terdapat pada buku nota Ridh. Sememangnya padan,sama juga dengan tulisan yang terdapat pada nota-nota yang misteri itu sama dengan nota yang terdapat pada buku nota Aqim.” Tak kan lah Aqim yang bunuh Zack dan Afiq? Tapi kali ni aku tak boleh buat andaian yang melulu. Aku mesti cari bukti dengan lebih terperinci lagi.” Kata Ridh dalam hatinya. Akan tetapi,nota-nota misteri itu berwarna keperangan seperti kertas yang sudah lama tetapi buku nota milik Aqim masih baru.
            Keesokan paginya Ridh bangun awal dan bergegas ke sekolah akibat terlewat bangun. Sesampai sahaja di hadapan sekolah,Ridh ternampak motorsikal yang ditunggang Aqim sama dengan motorsikal milik Afiq masuk ke sekolah.
            Jam menunjukkan pukul 9 lebih.” Sekarang ni waktu Kimia,my favourite.” kata Ridh berseorang diri.” Kenapa kau happy semacam ni Ridh? Biasanya waktu Kimia lah kau paling lambat masuk kelas?” tanya Zatul yang muncul secara tiba-tiba dari belakang Ridh.” Eh Zatul. Kau datang rupanya?” kata Ridh sambil memandang kea rah Zatul.” Eh, tak lah. Aku tak datang hari ni. Aku kat rumah sekarang ni. Yang depan kau ni roh aku je.” Balas Zatul dengan gurau kasarnya.” Aku tanya je pun,jangan la marah.” Pujuk Ridh.
“Whatever lah Ridh. By the way,macam mana penyelidikan kau berkaitan dengan nota aku bagi hari tu?” tanya Zatul dengan nada yang serius.” In progress, you just wait and see.” Lalu Ridh berlalu bergitu sahaja ke kelas kimia.
“Hari ini cikgu nak tunjukkan kamu video kebudak-bukan sedikit tapi ada kaita dengan sains dan kimia..” kata Cikgu Amri kepada murid-murid kelas Ridh.” Video ape cikgu? Teletabis ke?” kata salah seorang kelas Ridh itu. Semua orang dalam kelas itu tergelak.” Eh bukan lah,video ultraman kot.” Kata salah seorang lagi budak kelas Ridh. Cikgu kelihatan marah akan kelakuan murid-murid kelasnya.
“Dah diam!” jerik Cikgu Amri. Semua murid dalam kelas itu terdiam dengan sekelip mata. Lalu Caikgu Amri menayangkan video yang bertajuk ‘Backyard Science’. Video itu menceritakan tentang kaedah-kaedah sains dan eksperimen-eksperimen yang menajubkan. Setelah lama Ridh melayan video itu, tiba-tiba video itu menunjukkan cara-cara untuk membuat kertas yang biasa menjadi perang dengan cara yang singkat. Akhirnya Ridh mendapat tahu cara-cara suspek menjadikan kertas atau nota itu kelihatan seperti sudah lama.
            Habis sahaja waktu sekolah,Ridh bergegas pulang ke rumah dan menyedikan secawah air teh sejuk dan sehelai kertas. Lalu Ridh mencapankan kertas itu dengan uncang teh. Kemudian Ridh menjemur kertas itu di tengah panas dan dalam masa dua jam kertas itu sudah kering. Setelah kertas itu kering Ring terus padankan warna kertas itu dengan kertas nota yang diberikan oleh Zatul dan Aqim. Hasil yang mengejutkan. Padanan warna yang sesuai. Persoalan sekarang ini, adakah Aqim seorang penggemar komik?
“Sekarang dah pukul 4. Mana pula si Ridh ni? Tak kan dia tak dapat mesej aku yang aku send kat dia tadi?” bebel Zatul beseorangan. Zatul telah menghantar pesanan kepada Ridh sejam yang lalu untuk berjumpa dengannya di sekolah. Ridh,Zatul dan dua orang sahabatnya yang lain menjadi satu kumpulan dalam satu projek sains di sekolahnya. Ridh seorang yang bijak dalam sains kimia dan Zatul seorang yang bijak dalam sains fizik. Mereka bercadang untuk menjalankan eksperimen bersama, disebabkan itu Zatul mengajak Ridh datang ke sekolah. Akan tetapi Ridh masih tidak muncul lagi.” Haishhh mamat ni, dah lama sangat ni.” Lalu Zatul menelefon Ridh.
“Nombor yang anda dail…”terus Zatul meletakkan telefonnya apabila mendengar suara mesin menjawab telefonnya.” Sah mamat ni tengah tidur ni.” Renget Zatul lagi. Zatul menunggu di hadapan pintu pagar sekolah dengan agak lama. Sampai kakinya menjadi lenguh.
‘Vroooooooooommmmmmm’ bunyi motorsikal yang kuat kedengaran seperti menuju kea rah Zatul.” Mesti itu Ridh.” Kata Zatul sambil bangun dari kerusi.” Maaf aku lambat sampai,aku tengah ada hal kat rumah tadi. Henset aku tak ada batteri. Time aku bukak henset aku tadi aku dapat miscall and mesej dari kau, sebab tu aku pecut ke sekolah. Maafkan aku ya.” Pejuk Ridh kepada Zatul. Zatul hanya memeluk tubuhnya dan memuncungkan mulutnya. “ yalahhh,aku ni bukan penting sangat pun kan. Tau la aku ni just kawan kau kan. Kalau Lia tu lain la kan. Kalau dia yang ajak mesti ka uterus datangkan kalau aku pula. Hemmm,berjanggut aku tunggu.” Bebel Zatul lagi.” Alaa member baik aku ni merajuk pula.” Usik Ridh sambil mencuit dagu Zatul.” Apa ni main cuit-cuit ni. Tumbuk nak?” balas Zatul yang dalam keadaan malu. Lalu mereka melakukan eksperimen yang mereka rancangkan dengan jayanya.
            Semasa eksperimen itu di jalankan,Ridh tepandang ke aras satu cecair yang berhampiran dengan lengan Zatul.” Eh Zatul, tu cecair apa?” Tanya Ridh sambil menundingkan jarinya kea rah cecair tersebut.” Hari tu kau kata aku yang nyanyuk, sekarang kau pula yang nyanyuk kan. Ni cecair Luminal la bengap. Kan kia buat eksperimen reaksi luminal terhadap cecair-cecair yang kita akan test kejap lagi macam air suling,air kapur or macam-macam lagi lah.” Jelas Zatul dengan terperincinya.” Darah pula?” tanya Ridh lagi.” Darah pun kau nak buat ke? Jap-jap kenapa kau tanya aku ni? Bukan ke kau yang pandai bab-bab cecair kimia ni?” tanya Zatul sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.” Ya tak ya juga kan. Lupa pula.” Balas Ridh sambil tersenyum malu. Lalu mereka menjalankan ujikaji mereka dan Ridh menjalankan ujikaji menggunakan darah.
“Aku dah dapat cara untuk menyelesaikan kes ni” bisik Ridh di dalam hatinya.
            Setelah selesai melakukan eksperimen tersebut,Ridh mengajak Zatul ke kedai mamak yang berdekatan dengan sekolahnya. Mereka berjalan kaki untuk sampai ke destinasi mereka. Ketika sedang berjalan,Ridh sedang berfikir bagaimana untuk mencari elibai yang kukuh untuk membuktikan suspek yang disyakinya itu ialah pembunuh.
“Kenapa kau diam ni Ridh? Biasanya kau banyak cakap.” Tanya Zatul kepada Ridh apabila melihat wajah sahabat karibnya seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Tak ada apalah Zatul. Tu kedai dah nak sampai tu,aku ngah fikir nak makan apa ni.” Balas Ridh. Ridh terpaksa menipu Zatul supaya Zatul tidak fikir benda lain tentang dirinya.
            Setelah sampai dan selesai memesan makanan,Zatul mula bersuara.” Aku rindu dekat Zack. Dia selalu buat aku happy time-time cam ni. Aku selalu tengok korang main bola dan aku suka tengok adik aku tu tersenyum girang.” Kata Zatul dengan nada yang rendah. Tiba-tiba air mata Zatul mengalar ibarat arus sungai yang tenang di pipinya. Bunyi esakkan daripada tangisan Zatul kedengaran walaupun perlahan.
“Zat..”  baru sahaja Ridh ingin memujuk Zatul,mulut Zatul terbuka lagi dan berkata.” Aku ingat lagi dia menang pertandingan bola sepak peringkat sekolah. Time tu dia gantikan Aqim kerana Aqim dibuang daripada pasukan kerana bermain kasar.” Ridh terkejut dengan kata-kata Zatul tadi. Rupa-rupanya Zack sudah mengenali Aqim. Lalu Aqim sudah mendapat satu cara dan elibai untuk memecahkan teka-teki yang selama ini ditanggungnya sendirian.
“Weh Zat kau boleh tolong aku tak?” tanya Ridh sambil memandang mata Zatul yang merah itu.
“Tolong apa?” Tanya Zatul dengan nada yang perlahan.
“Kau tolong aku suruh Aqim datang sekolah esok dan tunggu dalam dewan. But kau jangan kata aku yang suruh. Boleh tak?” tanya Ridh lagi.
“Baiklah.” Jawab Zatul dengan lemah.
“dah-dah makan cepat. Jangan nangis dah. Aku tak nak member aku ni nangis lagi.” Pujuk Ridh sambil mengelap air mata Zatul. Lalu mereka makan dengan seleranya. Setelah selesai Ridh terus pulang ke rumahnya.
            Setelah sampai di rumah,Ridh menyediakan barang-barang yang diperlukan untuk membocorkan persoalan yang dia fikirkan selama ini.” Esok ialah pengakhiran bagi semua ini.” Kata Ridh.

No comments:

Post a Comment